Skip to main content

Posts

The latest jalan:

Sepoi Sepoi, Avani Sepang Goldcoast Resort

Salam Maulidur Rasul. Cuti ni, kami tak ke mana-mana pun. Aku pulak 'berpantang' sebab lepas freckles laser Ahad lepas. So, tak boleh nak terdedah dengan cahaya matahari sangat. Pedih muka tu kang! Sepatutnya aku dah janji dengan SF and nak ajak KA naik Batu Caves arini. KIV dulu la plan tu.
Petang, layan Running Man kat rumah tetiba MF ajak aku g makan kat Sepang. Tengok depa dok makan stu ketam. Macam lazat ja. Lepas Asar, kami terus gerak ke Sepoi Sepoi Avani Sepang Goldcoast Resort. Setakat nak makan ja. Bukan menginap pun.





Kat Avani, ada pelbagai pilihan restoran. Terpulang seni tekak anda. Stimboat, makanan cina, western, kampung semua lah! Aku sengaja pilih Sepoi sepoi. Sebab nak recall past 5 years makan kat situ. Sebelum makan, aku snap sunset dulu. Benda wajib kalau datang Bagan Lalang ni.

Latest posts

Forest City, Johor