Indonesia: White Sands Island

Tanjung Pinang: Day 2

Awal pagi lagi, kami dah bangun. Nak snap sunrise, mendung berarak kelabu la pulak pepagi tu. Maka, bersiap-siap g makan jela dekat dgn lobi. Breakfast kat Marjoly sangat simple. Tapi sedap. Berbaloi dengan harga bilik yg besar untuk 2 orang. 

Kami amik pakej dari Marjoly je untuk ke White Sands Island. Abg Husin, tepat masa dah sampai kat resort untuk bawa kami ke pengkalan. Sebelum datang sini, aku dah bagitau pihak resort, balik je dari White Sands, izinkan kami drag masa sampai jam 1pm baru check out sebab nak mandi and salin baju. Alhamdulillah, manager hotel pun tak songeh dan bagi kerjasama.  

Jam 10 pagi kami dah berangkat naik boat ke White Sands Island. Laut agak bergelora. Boat pun kecik je. Seriau gak la. Dalam 20 min melawan arus, kami dah jejak kaki kat pulau ni. Mulus putih menawan ja pasirnya.
Nampak pulau belah sinun? Tu la pengkalan kami naik boat ke White Sands Island ni. 
Tq Zai, utk kukis yang sedap ni. Jauh aku bawak dia! Heheheh!

Scary gak tu!
Panas weehhhh!
Tatau la apa dak SF ni buat?
Kami hanya ada masa sampai jam 12 tghari je kat pulau ni. Sempat la KA, SF and MF main kayak. Tak lama pun... sebab cuaca sangat panas. Mau rentung dok mengayak lama-lama. Lepas niat nak ke pulau jela... 


Jam 1pm, bagai dijanji kami check out. Sebab kami nak ke Telaga Biru pulak. Situ sudah diwartakan. 1 kenderaan kena bayar Rp50k kalau tak silap aku la. Sebelum tu, kami singgah makan dkt dengan Pantai Bintan. Sini lagi lawa rupanya! Phewwww~

Jam 2.30pm, kami dah sampai. Layan gambar jela eh?
Dari pandangan atas bukit.
Panas tempat ni, tapi berbaloi!
Kalau tak tahan panas, sila bawa bersama sunglasses eh? 
Air super jernih.
Orang Indonesia ni, kreatif lain maciaaaam! I like!
Panaih!
KA tunjuk skill! Mujur tak terpele'ot!
Dipendekkan cerita, dengan bajet yang ciput untuk seorang, anda mampu keluar negara. Jangan lupa sedia Rp170k/person utk tax. Rp5000 utk terminal tax. Makanan sedap, murah dan wajib cuba. 


Waktu korang sampai kat terminal feri Tjg Pinang, jangan lupa 'confirm' tiket balik siap-siap. Risau pulak masa yg korang bajet nak balik dr Tjg Pinang ke Stulang Laut tu dah habis. Jangan jadi macam kitaorg eh? Tak pasal-pasal kena amik tiket pukul 11.30 pagi! Sampai JB dah lewat. Esoknya keje pulak tu! Aiseh...

Ni, highlight untuk trip ke Tanjung Pinang:
1. Beli ferry ticket return dari Stulang Laut JB - Tjg Pinang
2. Arrange supir+kereta sewa siap-siap
3. Tukar duit secukupnya (sebab money changer mcm payah je kalau korang ke Bintan)
4. Masukkan Pulau Penyengat dalam itinerary korang (kami tak sempat nak jelajah sebab masa tak mengizinkan)


~Thank you for reading~

Comments

Post a Comment

Popular Posts