Sarapan di Ja'Dam Nasi Kerabu, Ao Nang

Lepas check out, kami try & error cari sarapan kat area Ao Nang ni. Terjumpa kedai ni, menarik sebab ramai orang! Jadi, kami assumed la kedai ni sedap dan patut diberi peluang kat tekak.
Alert tepi jalan menuju ke Krabi.

Ad anasi goreng, Thai laksa.. Of course aku nak laksa!
Nasi beriani daging & ayam.
Pan cake pun boleh order.

Moi sup telo goyang!
Ulam ni khas untuk makan dengan Thai laksa.
Chocolate  
Limau panas
Manis gila! Tapi sedap! Camana tu?
Thai Laksa

Makan kat sini tak payah risau pasal halal. Sebab ternyata Muslim dan dijamin halal! 

Bagi aku, Krabi ni boleh pergi solo. Tak sama macam Phuket. Lebih terancam dengan populasi lady boy (kathei) kat Thailand. Krabi lebih tenang.  Ramai Muslim dan makan tanpa was-was. 

Aku berterima kasih kat ML dan SNA sebab bawak kami try road trip dari Malaysia ke Thailand. Kami kenal pun kat instagram ja. 19/7 lepas keje kami flew to Penang, and ML dah standby amik kami kat Seberang Jaya. Dari Penang airport, aku dan SF naik grab, RM45. Next trip should be ada la kan? Kaaaan? Sila jangan menyesal travel ngan kami eh?

Aku & SF naik flight dari Alor Star ke KL. Tak larat dah nak road trip balik KL. Esok keje weehh! Lain kali jela hardcore! Hahahah!

Tak kenal maka tak cinta. 
Nak kenal orang, pergilah bermusafir dengannya.
Maka, aku percaya kata-kata tu.

Sampai Wang Kelian, jam 3.40 pm. Sempat kami shopping area situ. Then, smooth je nak masuk border Thai-Malaysia. Kami singgah makan kat Redza Tomyam di Bukit Kayu Hitam sebelum SNA pecut bawak kami ke Kepala Batas Airport. Mujur sempat! 

A trusted driver! 
Kikikiki!

Comments

Popular Posts