JJCM Cameron Highlands

Tarikh 30 Julai diumumkan Kerajaan Persekutuan sebagai hari kelepasan am tambahan di seluruh negara sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah adalah juga cuti umum yang diperuntukkan kepada pekerja sektor swasta menurut Seksyen 60D (1)(b) Akta Kerja 1955.

Daulat Tuanku!




Maka, tak betah di rumah, ayuuuhhh JJCM ke Cameron Highlands! Yessss! Kali ni ajak KA sekali. SF kena tinggal untuk ke sekian kalinya! Heheh! 

So, aku, SA and KA gerak dari Semenyih lepas Maghrib. Tido kat Simpang Pulai dulu. Deal dengan FR suh bawak kami ke CH. Malas dah nak bawak keta sendiri. Lagipun, ni sesi mengepow FR sebab dia bonus! Yesssss!

Kami singgah makan kat Gazebo Abang Nash, Kampung Rizab Hujung, Ipoh. Kedai makan ni, tepi jalan je. Kalau korang nak ke Pengkalan, akan melalui jalan sini. Better datang awal. Macam kitaorg pergi, jam 8 pagi orang masih tak ramai.

Mee Kicap
Sup untuk mee kicap
Capati sardin

Jam 8.20 pagi, kami memulakan perjalanan ke Cameron Highlands! FR dah biasa naik ke sana. So, takdela terkial nak main kona sepanjang jalan tu. Kebetulan cuti am, so banyak la keta nak naik ke CH.

Kami bermula dengan benti beli dan minum kat Garden View. Aku ajak singgah sebab nak beli coklat strawberi, ngan jus. Lupa pulak nak snap around kat sini. Sebab dah excited sangat angkat bakul shopping jus. Jus Strawberi, blueberry, markisa dan lavender masing-masing berharga RM21/botol. 
Rose lychee (aku tak suka!)
Mocha ice

Lepas dah rehat lebih kurang, kami teruskan perjalanan nak ke pasar pulak. Kereta berderet naik dari Tapah. So, takde chance untuk kami berpatah balik. So, harungi sajalah sampai keluar ikut Tapah! Fuhhh! Harga jagung gred AA RM10/6 tongkol. Gred A RM10/8 tongkol. Sayur mayur dijual sekitar 4-6 jenis untuk RM10. Kena pandai pilih kedai tau? Aku beli keledek jenis purple dan kuning, RM15/1.5kg. Then, jumpa nursery, aku tapau bunga-bunga pulak dah! Macam best je bela tumbuh-tumbuhan sekarang! Huhuhu! Rabak RM71 utk 3 jenis bunga dan 2 peket baja. Untuk coklat strawberry, kakak meniaga tu bagi aku 6 kotak RM10. Sebab dah banyak borong. Bunga segar, of course bunga mawar! Sejambak ada 3 kuntum, dijual 3 jambak RM10. Aku tahan dari beli sebab membazir! Sekali lagi, aku terlupa nak ambil gambar. Then kami teruskan destinasi seterusnya, nak makan di Taman Apple Cameron, Tanah Rata.


Yee...kami datang ni!



Dapur



Serunding strawberi, sedap!



Tester air strawberi dan serunding ayam strawberi
Kiri, teh tarik float. Kanan, strawberi lemonade
Set kambing bakar, RM25.90
Soto nasi impit, RM6.90
Set ayam bakar, RM19.90
Nasi kukus serunding strawberi, RM9.90
Scone strawberi cheese ni sangat sedap! RM8.90

Overall, kami puas hati makan kat TAC ni. Makanan memang memuaskan. Cuma toilet je kureenggg sket penjagaan kebersihannya. Kena bawa tisu sendiri ye kawan-kawan! Sebab naik CH ni even suhu 22 darjah celcius, stay rasa asyik nak membuang air je. Aku ngan SA singgah booth jual produk Cik Merah ni. Aku beli serunding 80g RM10 setiap satu. Kalau 150g, RM19.90. Serunding daging strawberi dah habis. Produk lain, madu tualang dan jus strawberry ada dijual kat sini. Dijamin halal.


Dah snappy lebih kurang, then kami teruskan perjalanan. Tak mungkin berpatah balik! Kena teruskan juga ikut Tapah! Haiyoooo! Banyak port nak singgah ni! Antaranyaaaaaa...


Kita singgah berkebun pula ye kawan-kawan! Kat Cameron Tea Valley ni, kita boleh beli souvenir, minum n makan dan snappy dengan pokok teh secara lebih dekat. Bayaran RM3/entry dikenakan.
Brother ride
Entrance fees


Watch your step



Tapau buah markisa. 2 bekas RM15

Antara souvenirs

Oleh sebab kami turun dr CH ikut Tapah, so kena hati-hati memandu especially bila ada selekoh tajam. Bas dari arah bertentangan tak bagi hon, so kereta tak alert ada kenderaan besar nak lalu. Nyaris kereta depan kami nak berlanggar dengan bas yang tiba-tiba muncul kat selekoh! Fiuhh!
Lata Iskandar


Kami just melalui ke lata ni. Tak hadap nak singgah sebab jalan dah mula sesak dengan pengunjung hari minggu. Kami pun nak balik Semenyih pulak kejap lagi. Sebelum balik, kami singgah Laksa Bersarang Taman Botani, Simpang Pulai dulu! (Err... rasa dia dah tak sama mcm past years ago...) FR cakap, macam dia letak serbuk kari. Ala-ala laksa cina kat Penang. Wallahualam.







Tamatlah sudah pengembaraan kami pada hari ini. Padahal nak p makan je pun! Hikhikhik! Observed many new thing! Itu yang penting. Kami gerak ke Semenyih jam 4.59 petang. Selamat sampai Semenyih jam 7.35 malam. Alhamdulillah. Dipermudahkan urusan pada hari ini. Boleh tido awal. Esok keje!
(^_^)

Comments

Post a Comment

Popular Posts