Mee Besen & Nasi Beriani Udang Haslinah, Melaka

Salam Maulidur Rasul!
Sempena cuti Sabtu Ahad ni, aku nak short vacation ke Melaka. Malas nak balik kampung. Kang, nak balik sini jem kaya, pandan semua la! Baik layan drama Korea je?
Issy... tak best! Tak menguji minda! 
Jom kita test uji Mee Besen, Melaka
Dah lama aku nak try. Kali ni, kasi jadi! Huh!
Aku dah bagitau MF suh booking bilik kat area Melaka tu. Here we go! 







Kami gerak dari Semenyih jam 2.30 petang. Sampai je, orang dah mula ramai! Haiyooo! Mujur ada tempat kosong! Aku masih kenyang. Tapi nak try punya pasal, kita abaikan cik perut ye? Lepas makan, beriadah kat kolam sampai kembung!
Pilih meja, then sila layan diri sendiri
Mee soya lambat siap



Untuk kami bertiga makan, kita pilih light-light je. Jangan tamak. Kang tak habis, sapa nak habiskan? Syaitoon? Kedai ni dibuka jam 3.30 petang. Isnin tutup (google kata). Jangan datang lewat sangat during weekend sebab nak parking payah sket, then nak beratur cari meja kosong, hal lain lagi.


Sedapnyaaaa!
Size S

Kuah sate

Tak sesia jauh perjalanan kami. Mee sup dia memang sedap! Nanti aku nak try mee soya pulak. Kalau datang ramai, mesti lagi meriah. Boleh order semua jenis mee! Hehehehe!

Lepas makan, kami check in kat Mahkota Hotel, Melaka. Walking distance nak ke Mahkota Parade, Dataran Pahlawan, Jonker Walk etc la! Amboii.. kat oversea boleh pulak berjalan? Bila MF kata nak amik Grab pergi Jonker Walk. No way! Kita traveler kot? Kikikiki!



Dah setel panaskan badan dengan beriadah kat kolam, then kami rehat kejap sebelum keluar cari makan malam pulak. Of course kami berjalan kaki. Kena lintas jalan ke Mahkota Parade. Keta laju ni. Hati-hati melintas tu! Cadang nak makan Nasi Ayam Kepal. Tapi MF nak makan kat Secret Recipe. So, aku nak makan authentic food. Kami berpecah. Last-last aku makan kat Black Canyon, MF makan kat SR. 


Jalan-jalan area Jonker Walk, ramai pulak manusia. Then kami g massage kaki! Hahahaha! Lenguh dah berjalan tadi. Lagipun, nak snap around Jonker pun, risau berselisih bahu ngan orang ramai. Nasi ayam kepal pun dah tutup. Lain kali jela aku datang dengan SF. Berdua lebih baik. Baru la acah-acah traveler kental nanti. 

Esoknya, kami check out awal. Dalam jam 10.30 pagi. Kononnya nak terus brunch kat Restoran Beriani Udang Haslinah. Dekat je dengan Mee Besen tu. Aku usha google, restoran tu dah dibuka. So, kami terjah jela.

Boleh lepak dengan rakan taulan


Kami antara pelanggan yang awal sampai. So, boleh la snap around. Takde la segan nak beratur sambil snap menu. Hehehe!

Gred A habis, so aku order Gred B
Macam menarik
Menarik ayam gepuk tu


Untung kalau ramai

Sementara tunggu order sampai, kita snap area restoran dulu ya? Korang boleh lepak dengan kawan-kawan, saudara mara dan keluarga yang ramai. Boleh booking kat no tertera. Better daripada korang nak beratur pilih makanan pulak nanti. 




Nasi beriani kambing



Masuk la dengan tekak

Comments

Popular Posts