Penghujung Selatan Tanah Besar Asia, Tanjung Piai

Sejarah nama Tanjung Piai berasal dari dua gabungan perkataan. Tanjung bermaksud hujung tanah yang menganjur ke laut. Manakala, piai pula merupakan nama sejenis tumbuhan spesies ‘acrostichum aureum’ yang banyak tumbuh bersama pokok bakau di kawasan ini.

Sebuah mercu dibina bagi menandakan kawasan berkenaan sebagai ‘Penghujung Selatan Tanah Besar Asia’. Sebuah batu konkrit berukuran 20 meter tinggi dan 10 meter lebar dibangunkan oleh kerajaan negeri Johor pada tahun 2001. Dua pelepah paku piai diukir di permukaan mercu tanda itu bagi mengabadikan sejarah nama Tanjung Piai.

Bukan saja warga tempatan, Tanjung Piai turut menjadi tumpuan pelancong dari serata dunia. Kunjungan itu bukan hanya bersandarkan pada kedudukannya yang istimewa dalam peta dunia Asia, tapi juga kerana tarikan alam semula jadinya.

Keluasannya lebih kurang 900 hektar. Ia masih kekal dengan alam semula jadi, dipenuhi hutan paya bakau dan dataran berselut.




Bayaran RM5/person dikenakan (untuk dewasa)























Walaupun nampak macam tiada apa-apa, kawasan inilah menjadi tempat kawanan burung yang berhijrah dan habitat kepada pelbagai spesies unggas. Begitu juga dengan spesies Lotong Cikong yang hidup di sini.

Lantaran keadaannya yang masih terpelihara, tanah selatan penghujung benua Asia ini telah digazet sebagai Taman Negara Tanjung Piai pada tahun 2004 dan tapak RAMSAR pada tahun 2003.

Selain Tanjung Piai, terdapat empat lagi tapak RAMSAR di Malaysia iaitu Taman Negara Tanah Lembap Kuching (Sarawak), Pulau Kukup (Johor), Sungai Pulai (Johor) dan Tasek Bera (Pahang).

Tapak-­tapak RAMSAR ini diiktiraf di bawah konvensyen RAMSAR – satu perjanjian antarabangsa bagi pemuliharaan dan penggunaan lestari tanah lembap yang ditandatangani di Ramsar, Iran pada tahun 1971.

Konvensyen Ramsar merupakan nama tidak rasmi bagi ‘Konvensyen Mengenai Tanah Lembap Penting Antarabangsa Sebagai Habitat Unggas Air’. Malaysia menjadi ahli kepada konvensyen ini sejak Mac 1995 dan agensi yang bertanggungjawab baginya ialah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Selain terkenal dengan gelaran ‘Penghujung Selatan Tanah Besar Asia’, kawasan Tanjung Piai ini juga merupakan tempat laluan kapal dagang antarabangsa yang sibuk. Kedudukannya yang paling hujung serta terletak pada lalatitud 01.16˚ Utara dan longitud 103.30.46˚ Timur.

Berada di sini, anda akan melihat negara Singapura yang jaraknya cuma 10 kilometer dan Pulau Karimun Besar di Indonesia yang hanya sejauh 25 kilometer.

-Cedok dari Utusan TV














Done bakar kalori! Sekarang, jom balik Semenyih! esok nak jimbawang dengan gadis-gadis pulak! ;p

Comments

Popular Posts