Shangri-La Rasa Sayang, Penang
Pejam celik pejam celik dah masuk pertengahan tahun 2024! Ya Allah! Makin menua! Harapnya semakin banyak ilmu dikendong semakin menunduk perilaku dan masih mengenang asal usul! Waima berjaya camanapun korang sekarang! By the way, kami ke Gunung Jerai Geopark dulu sebelum checked in di Shangri-La Rasa Sayang ni. Tak jauh pun ke Gurun dari Penang ni... Cuma, dah masuk waktu puncak, memang jem la baaaii! Jenuh!
Ensure which wing you are in? Kami di garden wing, so dari guard tu, masuk kanan. Kalau ke kiri nak ke beach wing. Deposit RM2500 dikenakan untuk 2 buah bilik. Kalau nak add on breakfast, RM90/person and for kids half price. Bilik kami belum ready, so aku bagi 1 bilik untuk mak ayah rehat dulu.
Petang hari, kami lepak di hotel sambil mandi manda, makan cikedis at bar. Sebabkan hangat gila petang ni, aku terjun tiruk ke kolam! Nasib la memang dah ready with the attire! Aku ajak mak ayah aku sekali join renang! Mak aku menjuih! Nak mak pakai ketat cam hang? Hahahah! Apa salahnya? Lanjeerrrr! =p Ayah awal lagi dah geleng kepala. Tamau subahat! Okay, nak sambung makan eskrem tepi kolam! Acik badut bagi kat bebudak! Aku pun kategori bawah umur gak! =p
Paling dalam, 2.2m (belah kanan dekat line kuning tu)
Kalau korang bosan nak mandi kat Rasa Sayang, boleh naik buggy or jalan kaki ke Golden Sands. Tapi penghuni Golden Sands tak boleh mandi manda di Rasa Sayang.
Layan biniMail main catur jap! Entah reti ke tak tu?
Mahai weiii sini!
Malam ni, kami dinner dekat dengan Petronas Batu Feringghi. Hujan renyai mula mencurah. Don't be khuatir, korang naik buggy dari lobi Rasa Sayang ke Shangri-La Golden Sands. Dari situ, ada banyak kedai makan depan Petronas! Perkhidmatan buggy disediakan sampai jam 12 malam. Just bagitau crew, korang nak ke parking ambil payung ke, atau return from Rasa Sayang ke Golden Sands!
A warm morning from Rasa Sayang heiiii
Sekeping roti dibawa berlari... jauh berlari di jalanan sunyiii..
Semoga mak dan ayah gembira dengan sedikit pemberian dari anak no.2 yang bijaksana, jelita dan baik hati ini! Selamat Hari Raya Haji in advance mak ayah! Tahun ni tak balik! Sibuk nak belek anak udang! Okay, mak p sambung snappy around la ye? Nak sambung tido! =p
Comments
Post a Comment