Jam 1855 kami terbang ke bumi Malé (read: Maley). Beza Maldives dan Malaysia adalah lewat 3 jam. Sebab tu, kami flew on 6.55pm, sampai Maldives jam 8.20pm! Orang baru nak balik dari kerja! Phewww! Mata dah mengantuk... sebab waktu Malaysia dah nikmat tidur di katil!
Apa yang perlu korang tahu tentang Maldives, negara berkepulauan dan check betuk-betul, hotel yang korang bakal pergi. Macam kami, stayed at Malé 1 night, Maafushi 3 nights & 1 night at Hulhumalé. Ada sesetengah hotel yang menyediakan speedboat sendiri dengan caj yang wajib dibayar. Contohnya ke private island (hanya 1 resort sahaja di 1 pulau) either naik seaplane ($335/person) and speedboat $135-235/person) depends resort yang korang pilih. Makin jauh dari Velana Airport, memang akan mewajibkan korang naik seaplane atau speedboat khas.
Malé city
Ensure which pier speedboat yang korang bakal naiki
Kami sampai Malé terus naik boat dari Velana Airport
$1/person
Waktu kami sampai
Naik boat ke Malé tak sampai 10 minit
Kawasan penyimpanan baggage di Velana Airport
$7 untuk 1 small bag/baggage, kami ada 3 bags, so kena caj $21
Kami didatangi oleh sorang Maldivian waktu kat airport, offered us simcard. Kami bajet nak beli simcard 20G saja dengan harga $40. Tapi tambah lagi $10 dapat 100G, better kami terus beli 100GB $50 saja. Wifi kat Maldives nampak kedekut sket. Kalau kat hotel, 2 orang 1 bilik, dia akan bagi 2 kupon untuk password wifi.
Amina Residency
Bab hotel, korang tanya siap-siap kat host, green tax termasuk dengan harga atau tidak? Kami dh book hotel di Maldives since November 2024 sebelum green tax naik kepada $12. Sebelum ni $6 saja, dah termasuk bilik. Tapi bila kami checked in malam tadi, kena tambah $6 lagi sebab alasan naik harga pada tahun 2025. Hotel lain di Maafushi & Hulhumalé takde pulak minta kami tambah $6 tu. Rasa kena tipu pun ada ni! Huh!
Sampai je kat Malé, kami checked google maps jalan ke hotel. Tak jauh pun. Dalam 10 minit berjalan kaki dengan jalan berliku (bukan jalan berturap tar). Jahanam roda baggage aku! Huh! Berkicap jugak eh?
Ruang tamu sharing with bilik 22, kami 21
Nasib takde penghuni
Jam 6 pagi waktu Maldives, kami dah lapar. So kena makan retort food yang kami bawa dari Malaysia. Bangun pagi nak sightseeing sekitar pekan
Malé. Sarapan disediakan dari 7 pagi hingga 10 pagi. Maknanya perut waktu Malaysia dah lunch. So, kami sepakat jam 9.30 pagi balik hotel makan sarapan a.k.a lunch untuk kami.
'Kerabu tuna' (mashuni) sangat sedap okeh???
Terus lupa $6 extra charges tu dek makanan kami yang lazat!
Comments
Post a Comment