Petang ini, kami terbang ke Banda Aceh dengan pesawat Super Air Jet yang aku sangka wow, tapi bila tengok pakaian pramugari, terasa nak tolong iron-kan baju diaorang tu! Kenapa tak iron dulu sebelum sauk uniform Super Air Jet tu dik? Tudung pun tak seragam. Aku sangka, pramugari tadi tu pakaian budak asrama sekolah agama kat Banda Aceh! Ternyata meleset! Kami terbang melalui KLIA (Terminal 1). Jangan lupa isi borang customs declaration https://ecd.beacukai.go.id/ sebelum tiba di immi airport. Kalau tak, terpaksa bersidai kat tepi sebelum melepasi gate keluar.
Setibanya di Banda Aceh, Pak Herman dah pass kami ke supir lain sebab isterinya kurang sihat. Jadi, Nasir ambil kami di airport. Dah lewat petang, Museum Tsunami pun dah tutup. Nak jalan ke mana? Yukkk kita ke Joel's Arjunita dekat dengan Pantai Lampu'uk! Kami melewati kuburan 46 ribu (plus) mangsa tsunami. Ini adalah masal terbesar yang ada di Banda Aceh. Nasir tak henti bercerita tentang sejarah Aceh.
Selain yang orang tahu, sebelum berlakunya tsunami, Aceh bergolak dengan pemberontakkan oleh GAM (Gerakan Aceh Merdeka). Agak lama pemberontakkan berlaku sebab ketidakpuasan hati tentang agihan ekonomi di Aceh. Aceh kaya dengan pelbagai hasil. Sebab tu Aceh nak keluar dari Indonesia. Setelah dilanda tsunami, barulah mereka berdamai. Terasa bersyukur di bumi sendiri.
Sepatutnya kami makan di Joel's Arjunita Resto. Tapi kami tukar saat akhir ke Joe'ls Bungalow sebab dekat dengan pantai dan makan seafood. Kat Arjunita Resto, ada sawah padi. Makanan pun sedap, view cantik nak menginap di sini pun boleh. Tapi aku tak berkenan dengan chalet camni sebab malam memang creepy! Dasar penakut! Heh!
Candle light dinner tepi laut? Tak mahal untuk 2 orang
Overall makanan kami sedap! Memang puas hati dengan bayaran 350k Rupiah untuk kami berlima (termasuk supir). Kami ajak dia makan sama-sama. Boleh sambung sembang tentang sejarah di Aceh yang tiada dalam wikipedia. In person terus dari penduduk tempatan.

Oh, lupa nak share ngan korang. Pakej kami termasuk parking, bayaran masuk ke attractive area dan tiket pergi dan balik ke Pulau Weh. Bagi kami, tak berbaloi dengan harga RM350/person selama 2 hari setengah. Day 1 sampai, just pick up kat airport, terus ke Pantai Lampu'uk, pastu ke hotel. Day 2 ke Pulau Weh, day 3 dah nak balik, day 4 hantar ke airport jam 8 pagi! Bayaran dikenakan adalah di dalam MYR bukan IDR ye? Deposit sebanyak RM200 aku dah transfer awal-awal confirm p Aceh dengan bang Herman! Risau aku tipu and risau dia tipu. win-win katanya! Sila kaji, dan survey pakej betul-betul! Hotel & makan adalah tidak termasuk di dalam pakej kami. Nak join island hopping, tak sempat dah hari Jumaat sebab tiada aktiviti laut dibenarkan pada hari tersebut. Nak puas hati, ambil tiket ke Aceh sampai sana awal pagi.
Kami pernah ke Aceh 11 tahun yang lalu. Semuanya arranged sendiri, tapi asyik kena tipu ja, terus tak mau serabut macam dulu. Waktu tu, sekali je kami jumpa pemandu yang jujur. Pakcik labi-labi! Tak ingat apa nama pakcik tu. Zaman 2014 aku belum ada blog. Tak ingat dah. Ensure korang snap gambar supir untuk tujuan tularkan kepada kawan-kawan korang kalau ditipu. Ini nasihat daripada Nasir kepada kami. "Kasihan doang pada orang yang benar ingin liburan!" Tiba-tiba Nasir cakap utaqa. Ehh engkaaau? Rupanya selepas tsunami, dia datang bekerja ke Malaysia hingga 2018 baru balik ke Aceh sebab abang meninggal. Testing esok nak terima geng pencen dari RTM Kedah ke Aceh! No wonder la tune cakap utaqa noo... =p
Comments
Post a Comment