Sisik Sehijau Dedaun @ Maeps Serdang
Patut la rating rendah, sebab crew tak menjaga pinggan mangkuk dari pagi masih belum dibasuh, ada kat tepi kedai je haaa.... Ohhhhh! Aiyuttt! Tapi, bukan tu tujuan nak share dengan korang tempat makan ni. Harga makanan kami termasuk 2 teh o ais, RM72. Kalau seru aku nak datang kembali, aku tak rasa nak mai dah! Uhuks!
Disebabkan nak merasa kopi 3 Negeri punya pasal, aku ordered 2 negeri saja kali ni. Kopi Johor dan Kopi Kedah
Kopi yang ditanak, kemudian akan dituang panas ke dalam koleh. Tapi koleh dah habis, pakai cawan kertas saja. Mana best nokkk?
Tak hygiene sangat sebab customer yang akan sua masuk tangan ambil biskut dari dalam tin tu. Sukahati nak ambil berapa keping.
Aku order nasi separuh dengan asam pedas ikan jenahak (bahagian badan) nanti crew akan panaskan letak dalam bekas lain.
Ada pelbagai lauk pauk lain
Makan hangat-hangat! memang sedap!
Tak manis, takde inti kelapa

























Comments
Post a Comment