Shopping at Ho Chi Mihn

Our flight was early in the morning. Setibanya kami di Tan Son Nhat Airport, kami memang ambil fast lane which was memudahkan urusan kami cut a queue. Aku beli under klook je. Sementara airport baru nak siap, memang kena ambil fast lane nak cepatkan urusan. Depends berapa banyak flight yang landing waktu kita sampai. So far, kalau tak ambil fast lane in the morning (sampai airport jam 10.05 pagi) keadaan terkawal & smooth. Terus cari Grab kat lane lain (bukan arrival lane). Else nak jimat, boleh cari bas 152 di kawasan pintu masuk arrival (lupa gate no berapa).

Dari arrival terminal 2 (parking lot area) ke A25 Hotel Le Thanh Ton hanya 115,440 Dong (7km, 47 minit) depends trafik waktu korang sampai. Imagine, 1km= 6-7minit? Please plan your valuable time.

Ke mana kami lepas tumpang beg di A25 Hotel? Let's shopping!

1. Bến Thành Market (Chợ Bến Thành)


Ensure korang bargain kalau nak beli barang kat sini
Untuk fake branded, ada premium dan ada yang fake item (kualiti biasa saja). Harga memang tak sama. Kalau korang nak beli baju suit, cari kedai 321, dijamin harga setimpal dengan kualiti kain dan jahitan.
Aku tempah 3 pasang baju kurung (aku tak pandai bargain). Lepas siap, dia akan hantar terus ke hotel.

Fixed price zone

2. Russian Market (dekat dengan Book Street, Saigon Post Office)


Kami tak pergi Russian Market Mall
Mostly banyak jual baju winter

3. Saigon Square (Sebelah Takashimaya Mall)



Kami suka shopping di Saigon Square instead Ben Thanh Market. Maybe suasana lebih tenang, moden & ada aircond? Level bawah memang harga fake premium, level atas, dah caca marba. Kena tengok kualiti kalau taknak kena scam.

4. Central Market










Central Market dekat je dengan Malaysian Street. Jalan kaki je dah sampai. Persis Ben Thanh, kena pandai bargain, ada 2 jenis kualiti fake branded. Kena pandai tengok & bargain sampai dapat harga yang kita nak. 

Comments

Popular Posts