Bercuti di Redang

Bercuti ke Redang ni, plan otak seminit. Mujur la masih ada kekosongan. Amik pakej dengan melancong.com.my. Untuk pakej 3D2N ni, kami amik Redang Reef Resort RM390/person. Ajak SY join sekali. Konon nak beli jiwa MF sebab kena tinggal waktu aku g Cebu bulan lepas.

Orang kata, laut kat Redang ni lebih best dari pulau-pulau berdekatan yang lain. Oleh sebab aku dah pernah ke Perhentian, Lang Tengah dan Kapas, jadi try la Redang pulak. Naik dr jeti Syahbandar, Kuala Terengganu. Kami gerak Jumaat malam pas keje. Kami menginap kat Kuantan. Sebab tiket feri jam 9 pagi dari Jeti Syahbandar.
Google: Nampak la jauh nak ke Redang. 
Dari hotel di Kuantan, kami gerak jam 5 pagi ke KT. Amik masa 3 jam jugak la baru sampai KT. Ada buffer sejam, boleh la makan dulu sebelum naik feri nanti. Kena tukar resit yang agent bagi tu kat kaunter dan bayar RM5/person untuk Taman Laut fees.

Bayar RM5 untuk Taman Laut kat pondok putih tu. 
Kena transfer dari feri ke boat panjang
Kami naik 'boat' panjang warna kuning tu untuk transfer dari feri ke pantai. Ini kawasan long beach.

Sayup tu, Reef Resort.
Ombak tinggi.
Laguna Beach Resort. Sebelah je dengan Reef Resort.

Jalan ke Reef Resort.

 Jalan masuk ke Reef Resort. Sebelah kiri ada mini mart. Kanan tu cafe. Makanan boleh tahan sedap.
 Banyak tupai jinak kat sini.
 Belakang resort, boleh panjat bukit batu ni. Mesmerized me! Subhanallah!
 Petang, aku ngan SY gi jalan area long beach. Daki bukit kat situ. Amazing view dari sini.
 View depan Laguna Resort je. Cantik airnya. Ombak agak tinggi. Hati-hati nak mandi area sini.
 Reef Resort dari padangan Laguna Resort.
 Resort kami.
Belakang Laguna Resort, kita boleh jalan sampai ke penginapan lain kat pulau ni. 
Takde orang lalu lalang. So aku ajak SY explore tempat lain jela. Risau gak takde sapa belah sini.

Pakej yang aku amik tu include makan, island hopping dan bilik. Bilik kami 2 katil queen. Untuk quad. Cukup time, kami g makan.
Makanan simple ja, tapi sedap! Maybe sebab perut pun dah lapar.

 View Laguna Resort waktu malam. Ada live band start jam 8 malam. Kecuali malam Jumaat.
Last boat sebelum Maghrib. 

Siput

The scene.
 Bukit depan tu la kami daki. Tak jauh sangat pun. Skodeng orang mandi bawah tu ja.

Mungkin kami pergi Redang bulan Ogos, ombak kuat. Tinggi pulak tu. Dah nak masuk monsun di SCS. Layankan je la, sebab laut sini lawa. Naik feri tak rasa bergelora macam naik boat. Sedia asam sesiap la untuk elak mual atau muntah. 

Rupanya banyak lagi kepulauan area Terengganu yang belum kami jejak. Next plan, boleh cuba. Tunggu next MATTA fair. Apapun, pilih pakej yang menepati bajet dan aktiviti yang korang suka. Enjoy waktu bercuti. Itu penting. Macam pakcik Goenawan ni kata.


“Sesungguhnyalah, manusia itu sebatang sungai yang tercemar, dan orang harus jadi sehamparan laut untuk menerima sebatang sungai yang tercemar tanpa ia sendiri jadi najis” 


Comments

Popular Posts