Travel Food: Brahim's

Selain dari pack barang peribadi untuk travel, makanan main peranan penting waktu travel. Especially dengan tight budget atau pergi negara yang susah dapat makanan halal. (Kalau ada makanan halal pun, mahal).

Selalunya aku pilih produk Brahim's. Bezanya, kali ni aku direct beli produk derang kat kilang sendiri. Sebab aku terasa mahal bila beli kat pasaraya besar biasa. Beza RM2-3 jugak la. Oleh sebab trip akan datang amik masa 10 hari, maka, produk mesra makan (read: senang masak) haruslah menepati syarat cik tekak.

Kalau korang dari area Putrajaya, Bangi, Semenyih, Kajang atau sewaktu dengannya, maybe boleh direct je ke kilang. Kalau jauh? Alaa... x dapek den nak nolong! Otherwise mintak kenalan korang belikan produk ni dari kilang.

Buka setiap hari kecuali Ahad dan cuti umum. Patutnya waktu rehat jam 1 ptg sampai 2 ptg. Tapi akak cashier tu kata, buka je sebab ramai datang time rehat. Kecuali hari Jumaat. Maybe takde orang nak tolong jaga sebab solat Jumaat. #husnuzhon.

Tak semua produk ada dijual kat pasaraya besar. Contohnya travel pack ni. Aku amik 1 je. Nak try.
Pack ni RM16 untuk sorang makan. 
Ni chicken pack untuk sehari RM36/pack. Dari breakfast, lunch dan dinner. Kalau Beef set, RM38/pack.
Nasi segera pun ada. Aku borong semua yang ada dalam bakul tu. Cadang nak bawak beras dari Malaysia. Tapi macam malas pulak nak masak pepagi sebelum keluar dr hostel kang. Dah ada produk nasi segera, rembat jela. 
Plain rice RM3.20/pack. Saja gak la try beli kicap pedas kat atas tu, RM3/sebotol.
 Ni antara favorite bila travel. Mudah, senang, cepat dan ngapppp! Kenyang! 
 Kalau kat pasaraya besar, dalam RM11.70 camtu. Kat Brahim's shoppe ni, Nasi Goreng Kampung RM7.45/pack. Nasi goreng ikan masin RM10.28/pack.
 Nasi Briyani Ayam RM9/pack. Nasi briyani Kambing RM9.50/pack.


 Setiap satu RM5.50.


 Antara favorite.. nasi goreng kampung la.
Ni pulak perencah. So, cari raw jela. Campur je dengan perencah ni. 
 Yang ni aku bayar separate sebab nak hadiahkan kat orang di perantauan.
Kat sana, cash term je. So, plan apa yang korang nak beli nanti eh? Berapa kotak. Aku main aci amik je ikut nafsu lapar tengahari buta tu.

Waktu kat luar kilang ni, boleh je parking dalam. Nanti guard akan tunjuk mana nak parking. Sebab tadi aku tengok, kereta banyak double park kat luar. Depan Brahim's ni, showroom Honda. 

Ni alamat Brahim's. Dewina Food Industries S/B, Lot 11, Jalan P/9B, Kawasan Perusahaan Bangi. Aku refer kat google maps je. Alhamdulillah. Mudah jumpa. Landmark, Giant Bangi, Pejabat Tanah dan Honda. Maknanya, korang sudah berada di jalan yang benaaaaarrr. 

Apapun, jangan lupa try makanan local. Bila lagi kan? Janji halal. Penat jugak nak makan makanan segera selama tinggal kat negara orang. Korang boleh je bawak beras, serunding, sambal hitam etc. Tapi, make sure check dengan negara yang korang nak pegi dulu. Then, baru boleh sumbat dalam beg. Untuk memudahkan korang cari makanan, boleh beli seal bag kat Daiso atau kedai DIY. Senang nak cari dan capai. Selain tu, milo, coffee/tea 3 in 1 pun berbaloi untuk dibawa. Kalau nak bawak sos, tak payan angkut sekali dengan botol sos tu.. Just amik sos cili/tomato yang Mc'D, KFC bagi waktu take away pun ok. Senang nak buang.

"Food to a large extent is what holds a society together and eating is closely linked to deep spiritual experiences."

Comments

Post a Comment

Popular Posts