Fish Valley, Taman Haneco, Semenyih

Dah lama tak dinner kat Fish Valley Semenyih ni. Senang je cari. Jalan ke Sungai Tekala. Nnt alert dgn Taman Seri Haneco belah kanan (kalau korang dari Semenyih).

Selain makan, korang boleh memancing kat kolam sini. Harga tu x sure kira camana. Sebab tujuan aku pergi pun nak makan. Pastu snap la apa patut. Selalunya kami order kengsum (asam pedas Thailand). Else Peanut fish. 
          
Ni antara menu yang ada.
Snakehead mcm spooky fish je! Walhal Haruan?

Antara menu sedap, Peanut fish tu. Boleh pilih ikan apa yang korang nak. Oleh sebab kolam ni depa bela ikan tilapia, selalunya owner recommend ikan tu jela.
Ini keadaan restoran bila tak ramai orang.
Susun atur restoran waktu menginjak senja.
Makan sebelah pohon bamboo? Jaga2 dengan nyamuk la eh?
Baru lepas hujan.
Keep calm and makan!
Sebelah kolam ikan.
Scene pun cantik gak. Dengan bukit bukau kat belakang restoran. Plus, ada banyak kolam ikan kat sini.
Kolam ikan sebelah restoran.
Tak sure semua kolam ikan tilapia atau mb ada spesis lain.
Boleh buat jogging gak kalau bawak pasangan g mancing! Huhuhu!
Time ni senja dah berlabuh. Tapi, matahari tak nampak bayang.
Tenang je. 
  
Nanti waiter/waitress akan tanya.. nak kudap2 tak? Terserah korang la nak ke tanak. Ni haa.. kudapannya sebelum menu yg kami order ready. Makan berdua ja. Tak ramai. So, jangan tamak ok?
Snack: RM3
Oleh sebab sekarang musim hujan belah petang, panas di siang hari, teringin nak makan aiskrim kelapa. 
Coconut ice cream: RM10
Selepas
 Kurang masin. Tapi soup dia sedap.

 Clam soup: RM20
 Baby bean sprout: RM10
 Kengsum: RM55
 Balance kuah sebelum tuang dalam bekas ikan. Ex-boss aku cakap, makin simpan dalam peti, makin kick rasa kengsum ni.
 Tilapia yang tinggal kenangan.
Ngam la makan untuk 2 orang. Selebihnya tapau bawak balik habuan lunch tghari esok. Just panaskan je. Hehehehe!
 The final.
Until we meet again!

Comments

Popular Posts