Nasi Arab Damsyik, Senawang


Plan makan masakan Arabian ni, tetiba ternampak tepi jalan bila google maps dr LEKAS highway ke Mydin Senawang ikut jalan Paroi-Senawang ni. MF teruja nampak kedai ni macam ramai orang, then kami u-turn nak try makan. Ternyata, tak sesia patah balik. Sedap!

Kami tried grilled (mashwi) utk ayam dan kambing. Nak makan nasi arab, macam banyak je untuk kami berdua? Kami try dlu la apa yang boleh. 

Kawasan Restoran Nasi Arab Damsyik ni, dekat taman perumahan. Hormati kawasan rumah orang tau? Restoran ni ada sediakan tempat khas parkir, RM2 sekali masuk. 
Kalau malas, boleh mintak depa parkingkan keta.

Depa dah letak kon, sila jangan memandai ubah pulak. Jangan selfish ok?

Waktu malam, mesti lagi ramai.


Restoran akan tutup hari Selasa. Nak delivery pun ada, sekitar Ampangan dan Senawang. Aku dok Semenyih, so takde harapan la nak mintak delivery kan?

Boleh call no tertera: 1800 88 1800


Kebab pun nampak menarik. Nasi pun sama. Nak tenang2, boleh bersila. Tapi aku dah penat bersila makan kat bawah. Dok atas jela... Air pulak. MF order Habbatus Sauda. Dia kata boleh tahan. Surau pun ada disediakan. Sesuai untuk majlis gathering dan family bonding.

Air tak banyak pilihan.
Best makan ramai-ramai.


Area kebab
Ruang selesa.

Surau kat belakang Cashier
Ruang makan bersila
Gigih snap dari depan! 

Letak dalam pinggan lebih selesa kot?
Sos memang sedap. Salad pun sama.


Lepas Maghrib, orang dah mula ramai. Maybe sebab masih mood raya, depa stay makan lemang ketupat lontong semua tu. So, kalau korang sesat ke Senawang macam kami, ada selera besar, boleh try makan kat sini. Tepi jalan je.
Acceptable. Tak manis.
Save the best for the last.
Tepi jalan je.


Please take note!
Finally!

Comments

Popular Posts