Berbuka Puasa di Shaqhel's Kitchen, Semenyih

Dah menuju 10 terakhir Ramadhan. Pecutan ibadah. So, malas masak. Cari port berbuka dekat-dekat je dengan kawasan rumah.

Kita try Shaqhel's Kitchen kat Semenyih pulak ya? dekat dengan Semenyih Sentral. 
Kena zoom in nak tengok banner.

Sepanjang bulan puasa ni, booking awal dapat 5% tau? Maka, marilah kita memilih menu berbuka sebelum jam 6 petang. Aku olah sket menu kat Set Nasi Serai Kunyit tu. Aku tamau yang tertera tapi nak makan set nasi dengan lobster! Ok, permintaan approved! Harga diolah dapat RM25. Lupa pulak nak amik gambar. Sebab bebulan posa ni, tau nak cecepat berbuka je. Lapaq! =p


 



Booking awal, depa boleh manage menu korang sesiap. Aku pun sampai kedai jam 7 malam. Lepak kejap, layan deco kedai, mengancam gak. 
Orang masih tak ramai.
Cashier cum tempat buat air. Biskut raya, 4 balang RM100.



Habis makan, kami balik. Hahahahha! Tak best langsung aktiviti berbuka tahun ni. Kata nak kejar pecutan akhir Ramadhan? Nggak bisa berlama-lama dongg.. Lagha! =p

Comments

Popular Posts