Dinner at Aunty Aini's Garden Cafe

Balik dari Nilai 3 lepas shopping langsir, kami decided nak try makan kat Aunty Aini's Garden Cafe ni. Dah 10 tahun dok lalu lalang kalau ke Sepang atau Bagan Lalang. Curious je kenapa banyak kete and misteri menyelubungi diri ruang cafe ni kecik ke besar? Apa yang menarik makan kat sini?

Kami berbuka light2 je kat Nilai 3, then baru ke Aunty Aini's Garden Cafe ni. Memula MF called, manatau kena buat reservation? Staff cafe cakap, walk in pun boleh. Slot berbuka dah penuh. Kalau kami nak datang dalam pukul 8 baru orang dah susut. Kami ON jela. Kapasiti cafe, dalam 80 orang. So aku just imagine keluasan cafe. 
Isnin depa cuti tau?
Akhirnya dapat jugak merasa makan kat sini.

Cafe ni tepi jalan je. Memang korang takkan assumed ada port makan femes. Aku ngan MF pun baru tau, chef celebrity, Gordon Ramsay and Anthony Bourdain pernah makan kat sini. Siap mintak resipi lagi. Haiyoooo! Teringin nak makan pucuk paku! Oleh sebab kami pun datang lepas berbuka, what u expect? Makan jela apa yang ada. Nanti boleh singgah lagi. Gambar pun kabur. Maklum la, malam. 

Pintu masuk cafe.
Sweet je pintu dengan bunga. ***Tetiba 
Kalau siang, mesti lagi lawa.
Orang dah tak ramai. Nak snap bebanyak pun, pakai hp saja. Gambar tak cantik. Make it short, meh tengok menu.
The total.
Menggeletar dah perut mintak diisi.
Please take note.

Tak lama kemudian, order kami sampai. Teringin nak makan masak lemak udang galah. Tapi udang galah habis. 

Lepas makan, kami balik. MF ajak aku datang sini lagi. Tunggu lepas raya jela. Untuk 3 makanan yang kami order, alhamdulillah menepati citarasa tekak. Nanti boleh try rendang dengan bakar-bakar pulak.

Ok, meh layan gambar lagi. 
Boleh makan kat garden belah kiri. Tapi dah gelap.
Kat tengah tu, gambar-gambar kenangan pemilik dengan chef celebrities yang pernah datang makan kat sini.



Kami order air biasa ja.
Sup ayam kampung.Peeehhh! Sedap!
Ada 6 ekor udang.
Kuah masak lemak pekat. Terasa kekunyitannya.
Asam pedas jenahak. Tak pedas sangat pun.
Isi ayam kampung, kenyal. Kuah pekat lazat.

Kali kedua kami ke sini, order sambal udang petai. Pedas weeehh! Tapi berselera kami makan. Kali ni, ajak FR sekali sebab kebetulan dia datang training kat Puchong. Jejauh tidak mai hantaq orkid dari Padang Besaq sampai ke Semenyih? Gigih! Takut bunga layu katanya.

Jangan datang lewat sangat, risau udang atau lauk dah habis.

~Hepi makan!~

Comments

Popular Posts