Laksa Pokok Limau, Kuala Kangsar

Tak gamak nak turun keta n snap tetengah jalan untuk gambar penuh kedai ni. So, separuh jelah. Janji ada banner Laksa Pokok Limau di situ. Heheheheh!

Plan ni, seminit cuma sebelum buat lencongan ke Kuala Kangsar. Singgah makan laksa ja pun. Maybe sebab balik kampung tak singgah Laksa Janggus kat Balik Pulau nuuuu... so, Laksa Pokok Limau pun jadi la. Make a try ok?
Berani le snap sebab belum ada orang.
Parking kat belah dalam pun boleh.
Tepi jalan je kedai ni. Kalau dari KK, alert belah kanan. Kalau terlajak pun, stay boleh u-turn.
Lepas kami dapat laksa memasing, pelanggan dah mula ramai. Segan nak snap. 
1st trial aku makan laksa telur goreng ni, kat Laksa Bersarang Taman Botani, Spg Pulai.
Laksa telur rebus. Kalau nak add on telur goreng pun boleh. 
Ni harga terkini kat situ.
Menu sini semua laksa ja. Kalau minuman tu banyak pilihan. Termasuk ABC, jeli kelapa, etc. Boleh la try cuba test uji kalau korang plan ke Kuale Kangsor. Banyak lagi port laksa sedap. 
Orang dah mula berpusu tu.  
Kedai laksa ni buka dari 11 pagi ke 6 petang. Korang boleh godek google maps dulu pasal laksa Pokok Limau ni kot dia tutup. Else, boleh call no tertera kat red box ni. 

“You don’t need a silver fork to eat good food.” -Paul Prudhomme 

Comments

Popular Posts