Indonesia: Tanjung Pinang
Tanjung Pinang: Day 1
Secara kebetulan, cuti berbaki 2 hari lagi sebelum menuju tahun baru, 2018. Oleh sebab trip ni sengaja nak bawak KA dan SF berjalan, maka depa berdua on the spot terpaksa buat passport.
Aku pulak nak jalan ke pulau, and kalau boleh nak keluar dari Malaysia, sebab bulan December, Malaysia dah monsun. Pulau-pulau di SCS (Laut China Selatan) dah tutup sampai bulan 3. Nak pegi Mabul, kos flight lagi.
Bila dah kenalpasti ke mana nak pergi, start la beli tiket feri and rajinkan diri tengok Google maps sebab nak bajet dari destinasi ke destinasi lain.
Dah penat buat carian? Haaa... nindiaaa....
Kita try Tanjung Pinang!
Beli je tiket online www.berjayawaterfront.com.my
Naik dari Stulang Laut (JB) ke Tjg Pinang. Harga tiket return RM163 dewasa.
Aku buat carian Tanjung Pinang ni kat blog-blog Indonesian sendiri. Terpaksa la buat-buat faham bahasa depa.
Buka agoda.com, pilih Marjoly Resort. Pihak Marjoly sendiri akan whatsapp kita. Kebetulan, tanya pasal pakej supir and car rental, dia letak harga Rp1.7juta utk 2 hari. Bagi aku, berbaloi. Sebab kami pergi bawak baby dan 4 orang dewasa. Kereta Toyota Innova. Selesa.
Day 1, Kami naik dari terminal feri Stulang Laut JB. Amik tiket jam 9 pagi. Dari Terminal Stulang Laut ke Tanjung Pinang, 3 jam. Kalau bawak anak kecik, boleh la download sesiap channel yg depa suka. Else, tepuk depa tidoq ja. Hehehe!
Oleh sebab pihak Marjoly dah uruskan supir dan kereta sewa untuk kami, sampai je kat feri terminal Tjg Pinang, supir dh siap tulis nama aku besaq-besaq. Tunggu nak beramah tamah ja dengan supir (orang berbudi kita berbahasa). Terminal feri Tjg Pinang ni, under renovation lagi. Wah... Makin cantik la kalau aku repeat next trip kan?
Kami dah sampai jam 11.30 pagi termasuk singgah toilet and perut dah lapar. Indonesia lewat sejam dari kita. Maka, ajak abg Husin, nama supir kami g mencekik dulu. Dia syorkan kami makan kat Rumah Makan Cisangkuy ni. Depan Tugu Pensil.
Sedap makanan kat sini. Recommended! Yg budak berdua tu KA n SF |
Ni dari Tugu Pensil. Restoran Roti Pisang Bakar. Ada je makanan lain kalau nak cuba. Bukan setakat roti pisang je. |
Langit tak berapa best. Mendung je. |
Entrance Vihara Ksitigarbha Bodhisatvva |
Patut la 1000 wajah... Ada macam2 memek muka kat sini. |
Comments
Post a Comment