China: Window of The World, Shenzhen
Oriental Trip: Day 2
Awal pagi, kami dah bangun. Makanan halal kat sini, limited. Kami pun malas nak cari sebab kat Shenzhen 2 hari ja. Jadi, kami bawa makanan siap2 dari Malaysia. Of course la Brahims, Bubur Knorr ngan megi cup! Settle!
Masalah kat sini, bahasa ja. Ikutkan plan asal, nak naik train dari hotel ni ke Window of the World. Oleh sebab kami nak simpan tenaga berjalan kaki kat WOW, so, terpaksa la cari taxi. Masalahnya, kami cakap nak ke WOW, driver tak faham. Tanya polis tepi jalan pun, dia tak tau. Pronounce salah ke? English kot? Tunjuk map pun, dia tak faham jugak. Silap besar la tak amik pakej internet utk 3 negara kelmarin masa kat HK airport. Kami malas amik sebab mahal sangat. Dalam RM2++ utk coverage 3 negara. Rasa tak berbaloi. Tu kesalahan terbesar la. Harapkan wifi hotel pun, terhencot-hencot.
Mujur la driver kami ni bijak. Dia drive g hotel mewah. Tak jumpa jugak orang yg faham English. Dia tak putus asa. Dia pergi hotel kedua. Alhamdulillah, jumpa mamat Ch yg boleh faham English. Dia pun tolong translate kat kami tempat tu. Taxi caj kami 90 Yuan. Berbaloi la dengan usaha dia nak tolong kami.
Nanti korang nak pegi tempat yang susah English ni, sila snap atau screenshot sesiap gambar tempat tu. Jadi la sign language. Better dari kami yang konon dah print map semua, kebanyakan tak faham jugak.
WOW ni, replica park and famous attraction. Korang kena bayar 200 Yuan per entry. Harga untuk sorang tu. Sebelum tu, kami letak bag kat area Turkish food kat luar dekat dengan kaunter tiket. 2 tapir dengan 3 bag pack, dia caj 120 Yuan.
Dah sampai France! Hehehehe! Ni dekat entrance. |
Bajet la nak layan negara-negara best dalam ni, 4 jam atau lebih. Memang tak tercover pun! Sebelum masuk, security akan check bag. Tujuan keselamatan je pun. Kami siap bawak nasi lemak Brahim siap-siap. Risau tak jumpa makanan halal.
Tempat ni cantik. Walaupun miniature je. |
Ukiran pun detail. |
Niagara Falls. |
Merasa gak layan Eiffel Tower dari dekat. |
India |
Teringat Transformer serang 'firaun' ni.. Huhuhu! |
London |
Niagara Falls. |
Mount Rushmore. |
Egypt. |
SF |
Walking around. |
Worries not, dalam WOW ada restoran makanan halal. Kami makan bekalan Brahim je dalam tu. Fridge magnet and souvenirs pun ada jual dalam tu. Tapi, mahal sket la. Oleh sebab semalam kat Dong Men St tak jumpa orang menjual fm, terpaksa la beli kat situ. 2 ketul je 30 Yuan. Peniaga situ pandai cakap Melayu. Katanya ramai orang Indonesia dan Malaysia datang sana. At least, ada la initiative dia nak bercakap Melayu.
Kami terkekang dengan masa. Jam 1pm, kami dah keluar dari WOW even banyak negara lagi yang tak cover. Patutnya korang bayar mahal, boleh spend seharian kat situ. Besar pulak tu! Haizzz...
Lepas amik beg, kami terus cari taxi nak ke check point. 1 hal lain nak bagitau tempat. Jadi, kami kawtim dengan dia, 50 Yuan walaupun taxi tu pakai meter. Tak sampai 50 Yuan pun. Kami dah booking taxi direct ke HK waktu sampai di check point masuk ke HK. 700 Yuan/kereta. Ok, mahal kenapa? Sebab kami naik Alphard! Berlagak kaya di perantauan. Kikikiki! Urusan kat imegresen, agak memenatkan sebab ramai orang. Orang mainland pun nak masuk HK. Biasalah, Sabtu! Jadi, plan betul2 naaa..
Masing-masing dah lena dalam keta. Urusan masuk ke HK, simple je. Drive thru. Driver collect passport kami, then serah kat Pegawai imegresen HK. Dia akan panggil nama sorang-sorang n buat pengesahan muka. Dalam 5 min je.
Kami selamat sampai ChungKing Mansion dalam jam 5pm. Dah nak gelap. Snap sunset pun tak nampak apa sebab celah-celah bangunan. Kenapa pilih Chungking Mansion? Sebab ini je mampu dalam bajet. Nak tinggal kat hotel mahal-mahal pun, setakat nak rehat, salin baju, mandi n tido je.
Kami pilih Everest Inn Guest House. Waktu sampai kat Chungkin Mansion, ada ramai foreigner yang akan approach korang. Buat tatau ja. Senyum lebih kurang, then korang teruskan perjalanan korang naik lif. Kena beratur lagi. Kalau tak sure mana blok hotel/guesthouse korang, ada kaunter pertanyaan kat situ. Nanti dia advise. Lif terbahagi dgn level genap dan ganjil. Kami di no ganjil. So, beratur la kat lif ganjil. Makanan halal pun banyak kat sini. Tak perlu risau.
Abaikan katil yang berselerak tu. Nak solat pun kena curi ruang. |
So? What's next?
Comments
Post a Comment