Private Villa at A'Famosa Resort, Melaka

Yaaa... Bulan ni, aku tak banyak merayap! Tahniah untuk diri sendiri! Sebab dah mula rasa penat nak travel jejauh. Plan ke A' Famosa Resort ni, dari bulan 8 lagi. NH belanja penginapan kami. Alhamdulillah! Semoga dimurahkan rezeki.

Selain dari Villa, ada Safari dan Cowboy town kat kawasan ni. Yang best, dekat dengan MFO. Melaka Freeport Outlet! Kalau orang Melaka, boleh dapat extra diskaun bila shopping kat MFO ni. Hehehehe! Tu agak penting kalau bosan lepak kat villa memalam atau esoknya takde aktiviti. 

NH bayar RM1,100 utk sebuah villa, ada semua facilities, peti ais, TV, Microwave, kettle, pinggan mangkuk, periuk belanga semua la! Nak berBBQ pun boleh. Sejadah, toto extra, bantak towel pun ada! Berbaloi bayo memahal! Sumbat la selagi boleh! Kami bersepuluh, tak masuk bebudak. Ada 4 bilik. Memang selesa la. Deposit RM300 perlu dibayar and akan refund esoknya waktu nak check out. 
Ruang tamu
Tengah tu ruang masak, sinki ada 2
Coridor ke bilik
Setiap bilik disertakan katil size queen
Setiap bilik ada air-cond 
Meja santap
Aku cedok gambar dari tuan rumah, so orang kat luar tu takde kaitan ngan kami! Hehehe!
Boleh longgok 6-7 orang lagi kat hall
Private pool belakang rumah

***Semua gambar di atas aku cedok dari tuan rumah. Sebab sampai je hujan! Tak sempat dan takde mood nak snap around. Kiri kanan rumah, dah jadi abandoned house. Creepy gak la. Dah la tak berpagar! Tapi, kat kawasan villa, ramai penghuni. Depan rumah ni saja full kereta. Tak takut sangat la. Hehehe!

Korang nak berBBQ, boleh bawa apa yang nak dipanggang jela? Arang, starter, kipas semua tu. Tuan rumah sediakan kami garam, minyak, gula (kalau korang bernasib baik). Aku pun tak sure dia sedia atau balance pengunjung yang datang dulu. Beli la telur, sayur dan bawak beras sesiap. Rice cooker pun ada. 

Lapaq weehhhh!




Korang bajet la start bakar tu dalam jam 5 petang camtu. Lepas main air, trust me, perut lapaq weehh! Kami tak tunggu ZR ngan FR sampai. Sebab ZR dari Batu Pahat. FR pulak keje kat Lumut, then lepas keje baru shoot datang Alor Gajah ni. Kami ngaaap dulu. Hujan pulak tu! Lagi la lapar!

Oleh sebab MR nak nikah bulan 12 ni, kebetulan 9hb lepas birthday dia, aku buat surprised untuk raikan dia! Tak sure bila pulak nak jumpa. Last jumpa, waktu kami ke Pulau Kapas 6 May tahun lepas. Masa tu tak buat blog lagi. 
Kami dah puas main air. Terasa lama la pulak. Hujan pun mujur kejap je. Kalau tak, mereput dalam villa jela taktau nak buat apa? Baru 40 minit naik turun terjun kolam, perut dah lapar! Makanya, inilah habuan petang sejuk itu...


Aku tempah kat mmber opis, ig: brownies_ummi
Birthday cum bachelorette party to MR
RM87 tak masuk kotak

ZR sampai villa dekat maghrib. FR pulak dah penat drive jejauh dengan hujan lebat lagi, selamat juga sampai dalam jam 8 malam. Langkah kanan, kambing, hot dog, ayam ikan semua dah siap sedia. Tunggu nak makan ja. Brownies tak habis, simpan dalam peti. Kang semut hurung!

Esoknya, kami check out jam 12 tengahari. Brother penjaga rumah dah sampai nak bersihkan rumah and kolam. Ensure sebelum check out, semua sampah sarap dah siap nak dibuang. Kalau tak, tolak duit deposit semalam. Adat la duduk mana-mana homestay atau rumah sekalipun, sila behave. Jaga barang rumah elok-elok. 

Kalau korang berminat nak menyewa villa ni, boleh check kat booking.com atau kat FB. Macam aku ngan NH takde FB, NH usha kat booking.com jela? Lepas deal tu, call owner untuk double confirm. Risau tak valid via booking.com ke hape. 

Ini no Liza Caretaker A Famosa: 013-9385245. Bukan setakat villa 4 bilik tidur je, 3 bilik, 5 bilik pun ada. Yang penting ada private pool disediakan. best la bebudak ngan orang tua macam kami nak naik turun kolam tanpa kompromi. Harga mestilah tak sama dengan villa 4 bilik tidur ni. Depends your budget.

Comments

Popular Posts