Dapopuro, Puchong
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Anda lapar?
Kitak dah makan?
Kitak apa polah?
Beloya Sarawak la pulak.. Hehehehe!
Ingin kelainan dalam rasa masakan?
Meh kita try makanan Sarawak!
Tadaaaa! Dapopuro, Bukit Puchong!
Makanan apa yang menarik? Tentulah mee kolok, laksa Sarawak, umai... Peehhh!
Tapi, hari ni aku dan MF tried 2 menu dulu ya? Umai belum sampai... Lain kali boleh try untuk umai pulak. Lambat sampai, habis!
Lapaq dah ni |
Makan for two |
Makan for four |
Susun atur kedai? Sangat simple.
Rasa rindu Kuching! Sebab last time pergi Kuching tahun 2015! Lama dah... kek lapis Sarawak ada dijual kat sini. Selain tu, kuih-muih Sarawak pun ada dijual. Korang boleh tanya kat waiter bila depa amik order.
Gula Apong (Penyaram) RM1 |
3 layer coffee RM4.60 |
Mee Kolok Manok RM8.80 |
Nasi goreng Dapopuro RM8.80 |
Owner ajar kami cara makan mee kolok yang sebenar. Sebelum ni aku campur kuah sup tu dalam mangkuk mee. Rupanya, sup tu sekadar perasa kalau nak minum sup je. Ala chinese katanya. Korang boleh campur 2 sos asas untuk mee kolok tu, then gaul macam kita buat mee goreng segera tu.
Rasanya lebih sedap tanpa sup (bagi aku la).
Nasi goreng tu pun sedap. Tatau camana nak explain even nasi tu simple je. Maybe kami lapar. Hehehehe! Iboh kitak berkaul gilak makan (jangan makan banyak sangat).
Dapopuro dibuka dari jam 10 pagi hingga 9 malam. Hari Selasa sampai Ahad. Isnin, off day tau? So, plan hari korang sebelum ke sana.
Jangan berolah tauk? (Jangan nakal-nakal)
Bye!
Comments
Post a Comment