Arte Plus by Afflexia Serviced Suites @ Jalan Ampang

Assalam guysss! 
Lama nampaknya tak bersiaran since lockdown ala Malaysia ni.
Sebabkan Covid, plan cuti kami terjejas! Yearghhhh! 
Air Asia just bagi credit voucher. Same goes to Jet Star. Cuma, Airlines je kami kena tukar tarikh sebelum end June ni. Stay boleh fikir tarikh sesuai musim virus jahat ni masih ada.

Kita lupakan nestapa, kita beraya ala kadar pulak ya?
Oleh sebab nama aku under MITI, stay kena keje since 1st PKP lagi. Bezanya, kilang kami bagi perlepasan untuk 3 days keje 2 days off and Sabtu ikut alternate macam biasa. Aku amik kesempatan PKPB ni, solo travel bermusafir kat KL.
Setakat ni je berani. Haha!
Hari Ahad di Station MRT Sg. Jernih

Lengang selengangnya! Aku ngan sorang brother asing je kat station ni. MF hantar aku dari Semenyih by kereta. Oleh sebab aku nak check in kat Jalan Ampang, so dari Sg Jernih aku turun kat Maluri. Takde keje la haih aku nak tukar LRT pulak? Dari Maluri ke Arte Plus ni, RM10 by Grab car. 


Futuristic building katenye

Then, aku check in kat Post Guard Arte dulu, dah ada nama aku, check suhu, tulis nama kat buku, then boleh proceed ke lobi.



Oleh sebab check in jam 3 petang, aku pulak dah sampai awal, aku mintak check in awal, depa caj RM30. Kalau korang datang dengan geng, lebih dari sebuah kereta, 1 petak parking depa caj extra RM30 lagi. 3D2N aku pun bermula. Nak naik lift kemain menyusahkan hidup aku. Maklum la... tak pernah terkulat nak naik tukar-tukar lift! Adehhh! Just punch access card kat lift, then masukkan level bilik kita. Macam aku, Tower 1 Level 33. Access Lift aku PL1. Kalau nak direct, boleh pakai serviced lift.
Dari Post Guard (G) ke R dulu, then cari PL (private lift) korang
Social distancing kan? So 4 orang sekali naik atau turun
Haa.. terus access ke bilik dari lif

Bismillah...
2 access card akan diberikan, and kita kena bayar RM100 untuk deposit. Check out kang, dia akan pulangkan.






Shampoo dia wangi...

Bermulalah WFH aku kat suasana baru untuk Isnin dan Selasa. Hari ni, stay Ahad, so lepas retreated and silent seketika, aku keluar naik Grab ke KLCC. 
Tapi aku gatai jalan kaki dari Arte ke M City cari Grab
Syoknya kurang manusia
Dah penat shopping, aku balik bilik
Ruang R Tower 1
Nak keluar ke podium pun tak boleh

Kali ni, management ambil langkah berjaga-jaga. Iyelah, virus ni mudah berjangkit. So korang tak sure bentuk Arte camana, boleh google. Ada ramai orang reviews pasal bangunan ni. Nak snappy pun, setakat yang ada access jela. Pokok avatar ke, podium ke, Swedish Garden ke, Lazy Spa apa semua, aku tak dapat nak snap. So, macam biasa, masuk bilik layan Korea! Wifi laju! Yeehaaa!
Beli kat M-City

Last day, aku naik Grab ke Kampung Baru. AB ajak makan kat Nasi Lemak WanJu. Nasib la kedai tak penuh. Aku dengan beg laptop and shopping bag, dah macam lari rumah pun ada. Huhuhu! Parking area kedai ni, RM5/entry.



Lepas makan, AB ajak aku g IOI Mall Putrajaya mengopi pulak. Layankan jela sebelum aku mintak dia hantar aku ke Putrajaya Sentral. Aku nak try naik ERL pulak ke KLIA2. Kang MF amik aku dari KLIA2 je sebab kami nak shopping kat Mitsui. ERL sejam sekali, Jenuh aku tunggu 52 minit. Nasib la boleh layan Korea. Takde la bosan sangat!
KLIA2 on 2 June 2020
Arrival on 2 June 2020

Tercapai dah hajat nak jalan-jalan selama tempoh bertenang ni. Hahahah! Bila PKPB mansuh, aku nak balik kampung! Cuti banyak bersisa! Nak simpan duit boleh travel jauh sket! Penang barangkali? ***kesat air mata.

Comments

Popular Posts