Salam Pantai Timur!
Versi Teganung kite!
Ni, kawe nok royak, semale jeretoh kat Temerloh, pahtu terus ke Kuale Terengganu pulak.
Direct to the point, kami ke Pasar Payang sebab aku nak chase periuk tembaga! Haaa... jadi epik pulak! Ala-ala khazanah di zaman silam! Of course my mak sibuk nak jugak. Alhamdulillah tinggal 1 je! Aku belikan untuk diri sendiri dulu! Muahahahah!
Dari Temerloh ke KT amik masa kira-kira 3jam setengah ke Bandar Kuala Terengganu. Aku dah over excited sebab dah lama tak datang ke bandar KT. Last, waktu nak ke Pulau Redang with MF and SY past 3 years ago.
|
Pasar Payang sementara |
|
Moh kite |
|
Tinggal 1 je periuk tembaga, 11 inchi RM450 (lepas bargain) |
|
2 botol, RM5 |
|
Masuk lorong keluar lorong |
|
Pasar Payang maze runner! Kikiki! |
|
Aku beli pencedok air tu, RM10/pc |
|
Keropok ikan tamban RM10/pc, 2 pek RM18 |
|
Iri dengan lidah sebab tak cukup pedas, so tambah cili lagi! |
|
Kain batik untuk NH |
|
Aku dah start jadi 'pompuan' bila tengok baju kelawar! Hahaha! |
Kat Pasar Payang sementara ni, belum ada ATM machine sebab tempat tak sempoi nak letak ATM tu. Pastikan korang dah ada cash sebelum ke sini tau? Ada setengah kedai kain boleh swipe debit n credit card. Ada lebih advance boleh transfer ke bank je. Tawar-menawar amat digalakkan. Aku rugi tak bawak mak aku sekali, sebab boleh selit mengepow beliau! Hahahha! Takpe, lain kali boleh repeat lagi, sebab ada unfinished business.
Food court kat area hujung, so dekat dengan pasar basah. Tandas pun ada 2 bahagian. Kedai jualan emas dah macam kedai kain longgok pun ada. Emas kat Ganu ni murah-murah ke? Haizzzz! Nasib aku bukan peminat emas. So, aku tak amik pot sangat.
Untuk jualan makanan macam dodol, keropok apa semua tu, korang boleh beli kat area luar atau belah dalam. Hasil kraftangan macam tembaga dan mengkuang, ada kat sebelah kanan. Pandai la korang masuk keluar lorong eh? Hari Jumaat, kebanyakan kedai kat Pasar Payang, tutup. Sama ada g solat Jumaat atau memang depa cuti. Jadi, carilah selain hari Jumaat kalau nak ke sini.
Comments
Post a Comment