Hotel Seri Malaysia Mersing, Brother Joe Ikan Bakar

Hi guys? How do u do? Hopefully u are doing fine and sihat belaka. Trip kami ke hidden gems in Mersing ni, dah sebulan planning lepas trip ke Kundasang terpaksa dibatalkan oleh sebab Covid dah mencapai tahap bahaya di Sabah. AA flight pun cancelled. So kami just declared credit account je untuk fee ke KK tu. Cuma 1 hotel di Sutera Lodges Kinabalu je takleh nak cancelled! So rugi RM420 di situ.

Langit tak selalu cerah, 1 day before nak gerak, Daerah Klang diisytihar PKPB! Alamak! Camana ni? Semua AB dah settle! Tunggu hari nak gerak je! Nak tanak, SF tak boleh keluar dari rumah just boleh ke tempat keje je. Sedih berganda! KK tak jadi, Mersing pun sama? Adeeh! Hal lain pulak aku nak cari pengganti! Then, called merata sesapa yang available. SN kena apply 5 hari sebelum cuti, ZR pulak baru nak start keje Jumaat tu. Pening dah! Nasib la aku terfikir pasal HF! Try my luck, then she available and dare to follow! Thanks beb! Jasamu kami kenang!

A day before trip ke pulau, kami menginap di Hotel Seri Malaysia Mersing. Esok paginya baru naik boat di Jeti Batu. Petang tu, just snappy around pantai Mersing and beli makanan nak bawak ke pulau.









Untuk government rate, bagi aku tak berbaloi hotel camni even free breakfast! Hahahah! Facilities memang terhad, but then still rasa bertuah la sebab ada orang yang menaja penginapan kami kali ni. So, nothing much to say! Thank you beb! 
Letak je barang, HF nak rehat sebab dia mabuk jalan simpang siur pusing memusing area nak datang Mersing tadi dari Kluang. Nasib dah makan ubat muntah sesiap. Tak sesia tanya SY pasal ubat mabuk ni! Sebab dia selalu makan bila g mancing. Korang boleh cari ubat ni kat farmasi.
While killing a time to have our dinner lepas Maghrib nanti, aku ngan AB g jalan area pantai berdekatan belakang Hotel Seri Malaysia ni. Berdepan dengan hotel, ada hospital kluster. Aku pun tak sure hospital kluster tu apa, then aku googled, dapat ni.. (

Konsep Hospital Kluster melibatkan gabungan sekurang-kurangnya satu hospital berpakar dengan hospital tanpa pakar di dalam kawasan geografi yang sama membentuk satu entiti. Perkongsian sumber di kalangan hospital misalnya sumber manusia, peralatan, fasiliti dan lain-lain dapat memastikan penggunaannya dapat dioptimumkan). 









Kedai rojak and keropok belah kanan tu sedap! Sambil layan langit, angin petang, perghhh! Syahdu weehhh! Belakang tu dah hotel. So, walking distance je nak ke sana. Joging petang pun syok jugak. Nak ke terminal feri Mersing pun dah dekat. Pekan Mersing apatah lagi. Memang strategik! Then, kami ke Brother Joe Ikan Bakar! Dalam 6km je dari hotel! Perut pun dah lapar ni.



Ikan kaci bakar is the best!

Aku takde mood nak amik gambar kedai. Hahaha! Even bukan hari minggu, still orang ramai. So better korang dah sampai kat area kedai makan sebelum jam 8 malam. Kalau tanak tunggu lama. Sepoi angin laut menambah suasana syahdu layan perut lapar.

Esoknya, kami breakfast di hotel. Not bad untuk kari ikan tenggiri dan nasi lemak. Even bilik kat sini tak memberangsangkan. Even the sabun basuh tangan pun habis kat sinki, tapi ada poster cara basuh tangan dengan betul? Tapi hotel kehabisan sabun untuk top up kat sinki di cafe? Isy...isy... Manager, please take note ya?




What is next? Terus ke Jeti Batu. 
Stay tune!

Comments

Popular Posts