Dolly Dim Sum, IOI Mall Putrajaya

Chak? Salam hujung-hujung Ramadhan! Korang dah banyak update pahala tak? Kalau melimpah ruah, sedekah kat aku sket! Heheheh! 

Okay, plan nak berbuka hari ni, aku, SF and SNA dah plan nak berbuka sama since Khamis lepas. Alhamdulillah, fulfilled! Kalau tak, asyik tak jadi je! Oleh sebab SNA keje arini, then lepas habis keje terus bergegas ke IOI Mall Putrajaya dari Puncak Alam while SF angkut adik dia dari Port Klang. Sempat kami shopping dulu sementara tunggu SNA sampai. 







Kami tak amik set iftar, tapi ala carte. SNA kerap makan kat sini, so kami ikut dia je mana-mana nak order, kecuali nasi aku ngan SF order. Itu makanan ruji kami. Keturunan kami makan kena ada nasi! Hahahha! Jenuh la kalau tak makan nasi sehari! Menggeletaq satgi!












Amboiii! Ramainya makanan! Harap habis la! Fiuhhh! Oleh sebab kami datang during iftar, maka banyak meja dah penuh senang cerita full house! Kalau korang berniat nak berbuka kat sini, kena call dulu untuk booking. 



Alaaa... mini love! Terharu kite wak! Ada orang bagi kek camni! Hahaks! Tentiuuu SNA! Sepotong kek tu tak habis kat sini, angkut bawak balik rumah! Kihkihkih! Kami fokus nak makan dim sum je ni. Ready?









Arrrrr! Semua makanan sedap! Kecuali nasi goreng je sebab sampai je dah sejuk. Kalau order on the spot mesti lagi sedap! Bagi peminat dim sum, for sure dah pernah ke sini. Macam aku ni, jenis nak mencuba, belasah je. Janji sedap, ada nasi. Tu je syaratnya. Hahahah! Total berbuka hari ni, RM175. 

Sekian, terima kasih.

Comments

Popular Posts