1st & 2nd Dose of Covid-19 vaccine: AstraZeneca at Dewan Gemilang, UKM Bangi

Chak? Harap semuanya baik-baik saja even dah lebih sebulan berkurung kat rumah. Tiada gelak tawa dine-in di rumah-rumah makan (read: kedai makan) Ohhh nooommmm! Lama sangat ni! Adeehh! Aku just balik keje keluar g keje jela... 2 kali pengalaman swab test RTK dan PCR. Sebab banyak kluster tempat kerja sekarang. Alhamdulillah, both negatif. Tapi still belum menang ye kawan-kawan? 

Berbalik kepada tajuk di atas, aku menang 'battled' sukarela AstraZeneca 2nd batch pada 26 Mei lepas, and battle maksud aku, website vaksin covid sendiri hang dengan rakyat yang giat mencuba nasib. Fuhh, berkat kesabaran dan kejituan yang tinggi, akhirnya, dapat jugak aku click mana-mana date yang aku suka! Padahal, aku dah kelam kabut risau tak dapat any slot that time. 

A month before 1st dose, aku dah buat research sket kat internet and kawan-kawan yang done vx. Kena ada stamina, kena biasakan pump jantung, and aku amik inisiatif, buat medical check up untuk tau condition tubuh badan sendiri. Before vx and after vx aku nak buat check up. So, on 16 June, aku g Az-Zahran Bangi untuk buat normal check up. Biasa la, kantoi bab kolestrol. Heheheh!

Make this short, 2 days before vx, aku dah letak dalam mindset, tamau demam atau jatuh sakit sebab vx ni. Then, persediaan dari segi stamina, terserah kat korang. Aku just buat simple exercise and beli air badak, banyakkan minum air suam/masak, and beli cool fever, panadol Extend! 

D day is come! Naik Grab sebab MF demam after 1st dose AZ semalam! Adeehh! Nasib semuanya dah sedia kat rumah. Telan panadol before vx is way better than after dose. Ni doc yang sarankan kat aku masa bersembang tadi la. Worries not, boleh je makan after dose. Air badak dah ada dalam beg. Aku naik Grab ke Dewan Gemilang, UKM.

Sepatutnya masa aku kat MySejahtera untuk 1st dose jam 6.30 petang. Tapi aku sengaja cuba nasib datang awal. Oh, ya! Nak share ngan korang perbualan ngan uncle Grab tadi. Dia cakap, jangan takut dengan vx, sama ada kita vx atau tak, tetap akan mati even bukan sebab Covid. Bagi yang berbelah bahagi untuk vaksin, terserah anda. Dah boleh fikir mana baik dan buruk untuk masa depan dan badan sendiri. Vaksin ni sekadar mengelakkan kita dari lebih teruk (berada dalam ICU) kalau kita dijangkiti, bukan kebal Covid! Still kena sama-sama jaga.

Lepas scan code MySejahtera, boleh terus beratur kat luar dewan, then terus ke station 1, bagi IC dan dia akan minta untuk check appointment dalam MySejahtera. Boleh je datang awal. Asalkan date sama untuk pemberian vaksin yang tertera seperti janjitemu korang.

Aku dah menggelabah! Aku lupa bawak pen! Aduihhhh! Nervous punya pasal! Adeehhh! Nasib la kat sini ada disediakan pen! Kalau tak, mau aku malu sendiri sebab dah banyak kali orang pesan bawak pen sendiri kan? Aku pakai beg lain hari ni. Lepas dah isi borang pengesahan kesihatan, ada 2 versi, English dan BM. Suka hati korang nak isi bahasa apapun, janji korang faham. Next, boleh ke station 2, untuk pengesahan borang, MySejahtera dan IC. Masuk dalam dewan, untuk pendaftaran pulak.
Mata dah melilau what is next? Sabar... dah register, boleh menunggu ke kaunter meet up with the doctor pulak untuk kepastian dan soalan-soalan mudah. Dia akan tanya ada allergic ubat atau tak, pernah positif ke tak, nak mengandung ke, sedang breastfeed ke, semuanya! So, korang kena ensure dah tau tahap kesihatan korang sebelum datang, ok?
Sekejap je tunggu turn, and sangat efficient! Laju je barisan kami. Takde nak tunggu lama. Aku bajet lama nau nak sampai turn. Maybe time lepas Zohor ni orang tak ramai? Atau disebabkan orang cancel last minute else orang dah berpusu-pusu pagi tadi? Wallahualam!
Yeargghh... dah start debar! Aku malas nak snap gambar during vx or video diri sendiri. So biar la menjadi kenangan antara kami berempat sahaja. Sebab dalam 1 kiub ni ada 2 orang tukang cucuk dan 2 orang penerima vx. Aku dengan orang sebelah, reda dengan diri kami. Baju nak vx pun, jangan pakai yang ketat sampai payah nak selingsing lengan korang pulak. Cardigan is the best choice. Else kaftan tu. Selak je. Aku pakai tunic and camisole. Tak sampai 10 saat, dah setel 1st jab! Ehhh? Seriously, tak sakit laaanggggsssunggggg! Sakit lagi allergic and influenza jab tau? Aku tak sure vx jenis lain, tapi AZ tak sakit. 

Next station after dose, diaorang akan bagi kita sijil untuk next dose. Bagi yang dah 2nd dose, maybe akan dapat sijil lengkap penerimaan vaksin. Time tunggu ni, aku dah rasa pening kejap... rasa terawangan sket. Dah terima borang ni, kena tunggu di observation station pulak untuk meet up nurses or MA bertugas.

Waktu ni la MA akan tanya ada apa-apa simptom tak after dose? Then aku tanya boleh ke makan panadol, air badak apa semua tu? She said, boleh je... lebih molek telan panadol before dose. 1 minggu ni jangan lasak sangat sebab imunisasi badan kita makin kurang sebab blend with the vaksin. Kalau ada simptom cirit birit, muntah, mulut biru or hati/jantung degup laju, terus ke emergency hospital jangan lengah g klinik je. Kalau demam tu normal sebab vaccine sedang blend dengan sistem imunisasi badan kita. Setiap orang tak sama. 

Syukur lah, after 4 hours had my 1st dose Covid vaccine, tak demam tak lenguh lengan. Maybe sebab panadol extend tolong aku rasa tak sakit. Esoknya, still pantau diri sendiri dan kawan aku yang terima Sinovac and Pfizer cakap, depa kerap rasa lapar. Hahahah! Harap aku tak macam tu la! Kang asyik lapar je! Pastu menyesal kalau berat naik! Haizzz!

Last but not the least, bagi yang dah menerima vaksin Covid, anda memang awesome! Bagi yang belum menerima vaksin, sabar ya? Tak lama lagi sampai la turn korang! Sebab aku sorang, aku malas nak snap kat "Saya sudah divaksin" booth tu. Hahahaha!  Nak cepat balik je! So tiada gambar segmen tu untuk dikongsi.

Balik rumah, rasa lengan lenguh, aku tak demam tapi lesu, rasa jantung berdebar. Rasa risau, then g klinik after 3 days jab. Doktor cakap, low blood pressure je, lungs takde masalah sebab aku ngadu sesak dada. Kena banyakkan minum air masak. And lepas dari tu, aku minum air kelapa, ambil supplement such as Vit C. Rasa sakit kepala and letih tu normal tau? Kalau rasa lain macam, better check up with the doctor. Jangan amik mudah.

Few weeks later, 2nd dose was done too! Alhamdulillah. Bezanya aku terlepas janjitemu yang sepatutnya jam 9.30 pagi aku rilex kat rumah layan Korea and naaaahhhhh! Terlajak! Jam 12.15 tengahari baru aku sampai! Worries not, smooth je. IC pun tak diperlukan untuk 2nd dose. Just bawak kad waktu 1st dose tu je.

Dalam masa 15 minit, settled my 2nd dose! Yeehaaa! Herd immunity katenyeh! Well done anak Mail! Dah boleh ready to fly away soon! Yaribba!

Oleh sebab 1st dose sakit and lenguh, second dose became smooth and steady. Jantung pun tak laju, lengan pun tak lenguh. Maybe hikmah kami tunggu second dose selama 2 bulan kot? Alhamdulillah. Syukur. 

Comments

Popular Posts