Sabah: Day 5, Sunset Bar & Grill Nexus Karambunai

Last day in Sabah, kami pun tak tau nak ke mana lagi dah. Nak ke Taman Buaya Tuaran tu, macam malas pulak nak bersesak sempena Tahun Baru Cina ni! Decided bermalasan kat bilik layan tarian singa kat hotel jela sampai masa check out!

On our way out to no where tadi, aku terus called Nexus Karambunai untuk reserve table for lunch. Mujur outsiders diterima, then dia just amik no plate kereta dan nama. Nanti kat guard, lepas camtu jela sebab details dah ada. Should be aku reserved kat Restoran The Penyu, tapi bila dah duduk, waiter suggest why not tengok kat Sunset Bar jugak? Situ lagi awesome viewnya.




















Past 4 years aku pernah stay kat Nexus Karambunai ni which was meriah dengan pelancong luar negara. Taiwan, Korea, Jepun dan China. Sekarang ni nampak hambar. Pandemik merubah segalanya tentang pelancongan. Kami berpeluang flew to Sabah pun dah rasa cukup bangga jalan jauh dari Semenanjung. SF nak western, aku okay je janji ada chicken chop dan bukan pasta semata-mata. Maklum la, perut Melayu? Huhuhu!






Jam 2 petang, kami dah setel makan, total bil RM177 untuk 3 orang. Flight kami jam 6.20 petang which is kami dah deal dengan brother kereta sewa tu nak hantar jam 3.30 petang di airport. Biar awal sampai airport, aku tak suka terkejar-kejar. Total beg kami 25kg ada balance 5 kg sebelum check in. KA & SF tak shopping banyak pun. Just masukkan toiletries kami and baju kotor je dalam beg. Hand carry memang melenggang jela. 

~Thank you for reading & Selamat bercuti!~

Comments

Popular Posts