Kopi Jiran, Kajang
Oleh sebab last night nak ke Lot 15 tak dibuka sebab ada staff derang yang Covid positive, kedai off so hari ni, kena mengopi jugak konon nak cari content sebelum Ramadhan! Kihkihkih! And here I went from Semenyih to Kajang. Dalam 25 minit jugak la dari tempat aku. Plus nak poyo dengan SNA and SF. =p
Kopi Jiran ni hanya dibuka dari Khamis ke Isnin jam 11 pagi hingga 5 petang. Nak tak nak, kena la datang lunch time kalau aku pilih weekdays. Parking terhad, maklum sajalah kawasan perumahan kan?
Korang boleh pilih sama ada nak makan kat luar atau dalam. Tempat adalah terhad sebab rumah pun kecik je. Bilik-bilik dalam rumah, owner jadikan office derang. Sangat santai nak sembang dengan kawan-kawan. Bab pemilihan menu atau jenis makanan, memang terhad. Aku order nasi lemak dengan roti bakar je.
Kopi kampung dan mocha tu sedap. Roti bakar pun okay (taleh tewaskan Suhaimi Cafe) and nasi lemak tu for me biasa je. Setel lunch hari ni. Confirm petang ni lapar cepat! Huh!
Comments
Post a Comment