Laman Grill, Taman Kajang Putra
Chak? Korang dah lapar ke tu? Nak makan kat mana area Kajang ni? Aku nak suggest Laman Grill pun, aku tak yakin menepati piawaian citarasa korang ke tak sebab niat aku dengan NH nak makan kat Cibiuk sebenarnya, tapi bukan rezeki kami, tutup pulak hari Jumaat ni! Adeeh! Perut dah lapar, so singgah sini jela! Past few years makan kat Laman Grill ni, then sekarang baru nak try back. Harap okay!
Masuk kedai ni, rasa cam lagi mengantuk tapi dek kerana lapar, takde la niat nak tidur tu tiba-tiba menerpa! Hahahah! Bak kata NH, kedai ni pot dating! Hukhukhuk! Let's checking the menu! Sorry! Aku fokus dengan menu, so tak sempat nak snap gambar! Worries not, area sini ada Cibiuk, makanan Arab, mamak and kedai baju Prof Muhaya. Tibeh!
Overall, makanan okay. Boleh diterima dek akal fikiran dengan harganya. Kopi ais aku memang sedap. Nasi goreng tu kalau makan dengan ulaman baru terasa sedapnya, kalau makan nasi goreng semata-mata, aku rasa MF buat nasi goreng lagi awesome! Kikikiki! Maybe menu lain tak se-best menu signature macam grill and western tu kot? Korang try la sendiri!
Aku nak sambung makan! Bye!
Comments
Post a Comment