One Ikan Bakar, Bangi
Hari ni, hari bersejarah aku baru keluar dari spital. So, dari dok dalam hospital memang craving nak makan ketam. Tibeh! Padahal, aku macam teringin nak makan masakan melayu. Doctor suspected aku ada acute urticaria. Makanya, aku eager test ketam pulak sebab balik dari Fly Me To KL aritu naik rash kat peha dan belakang lutut aku tu sebab makan udang. aku tak nak menuduh udang secara melulu. Aku makan roti dengan butter n jem stoberi pun naik rash jugak. Kamikaze gak la ni nak try ketam! Huhuhu! Lucky me, esoknya tak naik apa-apa rash. Alhamdulillah. Even aku masuk hospital atas sebab lain. Heheheh! Sampingan je nak citer kat sini.
Ika datang melawat dari Seri Kembangan. Lepas discharged jam 7 malam, kami terus ke One Ikan Bakar ni. Dah lama aku perhati je dari tingkap kereta. Ntah bila nak mai singgah? Ada alasan nak singgah, so makan dengan Ika n MF.
Selalunya kalau malam minggu atau cuti, memang ramai manusia ke sini. Betul la, makanan kat sini sedap! Apa yang kami experienced! Cumaaaaa.... Ada tikus jer berlegar kat atas tiang bumbung restoran! Nasib la kami dah kenyang makan! Huhuhu! Kalau pihak restoran ada terbaca review ni, sila take note ye? MF tu HACCP team kat company kami. Tibeh! Takde kaitan! Bab pesticide memang dia particular sket. Crew semua friendly dan servis laju.
Ketam masak cili yang sedap
Pepahat masak cili pun sedap
Total makanan kami RM194.70 sebab ikan tu seko RM76. Ketam RM74 dan pepahat RM20. Aku bayar pakai cash RM150 dan balance aku pakai QR Code dari bank. Lupa pulak, aku belum selongkar purse waktu nak bayar tu! Kuss semangat! Kami hanya bawak balik ketam sebab tak habis. Beli 3 ekor je, sekali sampai dah macam nak makan untuk 5 orang! Adeh! Boleh repeat lagi dan berharap tak terjumpa cik Ti(kus) lagi!
Comments
Post a Comment