Warung Amilin, Kampung Tok Randok, Ajil

Kalau korang ke negeri Pahang, mesti dalam kepala terlintas nak merasa ikan patin? Macam aku, memang tak suka patin! Hari ni, baru aku tau fish n chips tu kebanyakan ikan import dari Vietnam, yakni ikan patin! Kalau korang ke restoran mahal, tanya la dulu fish n chips tu ikan jenis apa? Kalau bukan ikan kod, halibut, filet tilapia atau di restoran hotel 5 bintang, mungkin filet premium ikan kurau yang mahal harganya. Apakah kebenaran di sebalik ikan yang paling murah dan paling popular di makan, iaitu spesies pangasius atau ‘dory’ itu?

Hakikatnya ia bukan jenis ‘super-fish’ yang sesuai untuk dimakan oleh manusia kerana kandungan toksinnya. Ikan dory atau sekurang-kurang filetnya terdapat di hampir semua pasar raya dan dalam menu banyak restoran di Asia sekarang. Kira-kira 15 tahun dahulu jenis ikan ini hampir langsung tidak diketahui apa lagi dilihat. Antara pusat pengeluaran dunia filet ikan dory terletak di muara Sungai Mekong di Vietnam. -aku kutip dari sumber https://bebasnews.my/2019/11/12/gemar-makan-fish-n-chips-tanya-ikan-apa-dahulu/

Dah merepek ke jenis ikan 'dory' kan? Sekarang nak bawak korang makan di Ajil, Terengganu. Kami dah dalam perjalanan pulang! Sebelum tu, kami singgah di Marang untuk melawat farm customer ikan Tilapia. Dari situ la terjebak cerita pasal 'pangasius' ni. Owner farm suggested kami try makan di Warung Amilin! Memang terbaik makanan depa! Speciality kat kedai ni ialah ikan baung!









Kenapa la korang tak masak ikan baung bakar ke goreng ke??? Semua masak tempoyak n pais je ni? Aku tak makan durian, so tengok jela MF dan Ah Yong makan! Cis betui! Lastly aku ambil sotong dengan sayur je. Tu pun dah sedap! Sambal belacan merah-merah manis. Ohhh teringatnya!




Total makanan kami, RM34! 

Comments

Popular Posts