Gerai Mak Siti, Sungai Setar Kechil

Sudah 12 Ramadan hari ini! Sekejap je rasa nak masuk pertengahan bulan Ramadan! Adik aku ajak ke Santan Berlada. Tapi MF nak pergi Mak Siti. So, kami maintain tahun ni ke Gerai Mak Siti jugak! Hanya dibuka di bulan Ramadan! Signature kat Gerai Mak Siti ni, of course la kuah kacang yang manis sedap tu! Let's makan guys! Walaupun perut masih kenyang berbuka dengan cucur dan martabak tadi! Adeeh! Sebab dah nak balik Semenyih esok, moh le kite!










Even hari ni Isnin pun ramai orang berpusu-pusu datang. Maklum la, only in Ramadan nak dapat makan siput camni. Kami sampai jam 9 malam, masih banyak meja yang kosong. Dah habis 8 rakaat tarawih, makin ramai orang yang singgah nak supper after 9.30pm camtu. Kalau korang nak pesan titbits, boleh direct ke gerai tepi jalan depan kedai ni. Bayar terus kat sana.





Aku makan siput unam & duri je. Yang lain, adik & MF yang balun! Tak larat dah perut nak hadap makanan! Adeeh! Aku cuma bungkus laksa untuk mak. Semoga bersua lagi di Ramadan tahun depan! 

Selamat berpuasa & Selamat hari raya guys!

Comments

Popular Posts