Sarapan di Kafe Dewi Laksa & Qims Cafe, Kuching
Sarapan di Kuching kali ni, kami nak try tempat yang selalu dikunjungi lokal dan kurang pendedahan dari orang Semenanjung. Aku tau tempat ni pun dari kenalan di Kuching. Why not give a try kan? Bila dah balik Semenanjung baru perasan yang aku tak cuba mi kolok kali ni! Di luar jangkaan ni! Huhuhu! Cafe yang pertama di hari kedua kami di Kuching, kami makan di Kafe Dewi Laksa berdekatan dengan IPK Kuching.
Laksa Sarawak (Pataya)
Esoknya, last day kami di Kuching, kami tried Qims Cafe pulak. So far, dua kali aku order kampua! Sedap! Aku suka mi merah ni. Konsep Qims sama macam Dewi Laksa, ada booth kecil dalam kedai. So, korang cari tempat duduk, dan boleh jalan-jalan kat dalam kedai untuk cari makanan apa yang korang nak makan. Orang yang ambil order minuman je akan ke meja.
Laksa Sarawak
Mi Kampua (ayam+cendawan)
Mi Kampua Ayam
Ni aku share ngan korang idea dari owner sewa kereta untuk kami try local food:
Merpati Transport
LOKASI MENJAMU SELERA
SARAPAN
1. Fuyu Cafe (Satok)
2. Laksa Dewi (Hospital)
3. Mom Laksa (Hj Taha)
4. QIMS Cafe (Kulas)
5. Kopi O Corner (Satok)
MAKAN TENGAHARI
1. Telaga Air (Jumaat - Ahad)
2. Lepau (Padungan)
3. Nusantara (Padungan)
4. Ketumbar (Semariang)
5. Mami Cendol (Gita)
MAKAN MALAM
1. Top Spot (Padungan)
2. Barok (Boyan)
3. Atok Ikan Bakar (Metro City)
4. RJ Ayam Penyek (Satok)
Comments
Post a Comment