Mandarin Oriental, KL
Lepas memenuhi perut di Hidang, KL kami terus ke Mandarin Oriental untuk urusan check in pulak. Panas terik kali ni buatkan mata pun dah kuyu, perut pulak kenyang. Adeh! Urusan checked in kali ni agak mencabar sebab ramai orang le pulak sempena cuti bersambung Ahad ke Isnin untuk sambutan Hari Dipertuan Agong esok! Deposit sebanyak RM300/room dikenakan. Our room was without a breakfast sebab esok pagi nak JJCM dengan ex colleagues di Batang Kali.
Welcoming drinks
Sempat layan Asia Discovery Channel dulu, solat Zohor dan Asar then terlelap! Nasib la badan tak malas nak bangun untuk aktiviti membakar kalori pulak ni! By the way, aku sangka kolam kat MO ni besar gedabak! Rupanya hanya ilusi gambar semata-mata! Cis! Tu laa... lain kali jangan over or high expectation ye? Kan dah kecewa!
Comments
Post a Comment