Traders Hotel, Kuala Lumpur

Perut dah kenyang, so kami terus ke Hotel Traders untuk urusan checked in. Last minute booking sebab ada plan nak makan kat SkyBar, tapi nampak gayanya macam tak berkenan dengan jiwa. Eceeeh! Aku dh booking jam 6.50 petang, tapi kolam renang still digunakan guest hotel, rasa segan nak berenang sambil tengok gelagat orang kat SkyBar! Bukan jiwa! So, cancel the table, (kalau cabana, min RM100/person) kalau normal seat je tak kisah minimum tu.





Korang masuk parking nanti, ambil ticket parking untuk validate parking card di receptionist if u are the hotel guest. Ada kawasan parking khas untuk Trader's guest kat situ dengan syarat ambil parking ticket tu. Tiada deposit dikenakan.




Ubat gigi, segala macam semua ada disediakan! Aku lupa nak snap gambar! Sebab rushing nak naik buggy ke KLCC. Nak shopping barang yang aku lupa bawak and dinner! Tak jadi nak lepak kat SkyBar sebab tak berbaloi tengok menu untuk kenyang sampai esok pagi! Huhuhu!





Free buggy untuk Trader's guest. Nanti korang nak balik ke hotel dari KLCC, kalau malas, boleh queue a buggy kat depan air pancut tu. Buggy service ada setiap 5 minit sampai jam 10 malam. Kalau kilat guruh, hujan lebat je perkidmatan buggy dihentikan. Esoknya, kami naik SkyBar. Korang yang tak segan silu nak mandi time pelanggan lepak minum dan makan di SkyBar, okay je. Macam kami ni pemalu. Ehek! Kedalaman hanya 1.17m sahaja. Naik ke level 33. So access card tidak diperlukan.










Berbaloi untuk bilik + breakfast sebab banyak pilihan. Teh tarik tu awesome! Even Traders Hotel ni ramai foreigner menginap, tapi nasi lemak berbungkus macam kat warung tu, teh tarik, kopi kampung pun ada. I like! 












Comments

Popular Posts