Muzium Bank Negara (Bank Negara Malaysia Museum and Art Gallery), Kuala Lumpur

Apa yang menarik di Muzium Bank Negara? Selain daripada kita mengenal wang dari zaman purba, hinggalah ke hari ini, korang boleh mengenal matawang dari seluruh dunia! Macam aku, bukan jenis travel sana sini semberono, so dari Muzium Bank Negara, dapat la jugak tengok matawang negara lain yang tak pernah aku plan nak pergi sekalipun. Heheheh! 

By the way, masuk adalah percuma! Korang hanya dibenarkan bawa masuk purse/wallet dan telefon bimbit sahaja! Selain dari tu, sila letak di kaunter ye? Ada kotak khas untuk letak beg dan air korang. 






Lepas dengar briefing dari petugas bertugas, baru la penjelajahan kami bermula dari level 2, 3 dan 4. Last sekali bari turn back to Level 1. Kat Level 1 ni, lebih kepada penerokaan kanak-kanak. Aku pun dikategori bawah umur bila masuk muzium ni! Kikikiki! Jom cetak duit! Aku malas nak gaduh dengan bebudak and mak-mak orang lain, so aku kekal matang je masuk sini. Snap gambar dan blah! =p













Adakah anda nomofobia?



























Lepas dah penat berjalan dari 1 level ke level yang lain, ada cafe di G. Aku tengok menu, bukan kena dengan tekak. Better makan kat luar je. Lastly kami decided jalan menghala balik ke rumah sebab jalan di KL mula sesak. 



Comments

Popular Posts