Skytrex Sungai Congkak, Hulu Langat
Are u ready to boost up your adrenaline? Stress pulak tiba-tiba bila tengok trek paling simple pun, dah rasa tak nyaman! Tadi waktu nak datang sini dari Putrajaya, kemain kental! Bila dah tengok pokok, tengok manusia terjuntai, tengok monyet, tetiba tengok diri sendiri! Mampukah kami bertiga menjadi hebat persis Tarzan? Ohhh nommmmmmm!
Okay, kami ambil slot jam 11 pagi. Jam 10 kami dah tercangak kat sini. Saja nak test bau hutan dulu, warm up, kena la menampakkan kami persis abam BOMBA! Ahh gitcuuhhhh! Padahal diri memasing dah cuak! Aku dengan SF dah terasa baik hari ni kita sambung p karok ka, sopim kaa.. ada gak pekdah! Nak masuk sini, RM5 untuk parking dikenakan, RM3/person entrance fee.
Ready? Instructor dah panggil! Kami ambil pakej intermediate (River Thrill). Harga online tak sama dengan harga walk in. RM55/person untuk pakej kami. Estimate sejam setengah untuk pakej ni. Kalau korang tak terar cara pasang and tarik tuil waktu nak fly, melambatkan orang belakang la nanti. Better orang yang terawal kalau dah cekap. Ketinggian yang dibenarkan bermula dari 110cm dan berat tidak melebihi 100kg.
Instructor kami yang bernama Siti
Lepas semua dah siap test harness yang dipakai masing-masing, terus panjat pokok
Ni baru intermediate, kalau advance lagi tinggi!
Brother baju merah observer di station kami
Pasang bebaik sebelum dan selepas fly. Ensure mendengar apa yang instructor kata sebelum kita mula. Sebab tak semua station ada crew yang jaga
Ni pokok yang kedua, sebab nak meluncur 100m pulak. Tangan aku dah start sakit ni! Adeh!
Once jatuh, masih 50% selamat sebab ada harness
Okay, dah selesai main dalam sejam setengah! Berpeluh jugak ni! Dengan masam dek peluh lagi! Nak lebih challenging, sila ke Skytrex Melaka! Nanti aku nak ajak KA dengan AA pergi. Mudah sket nak manja! =p
Apapun, korang book dulu sebelum nak ke sini tau? Slot jam 11 pagi tu kira ngam la sebab tak terlalu panas dan sempat nak solat lepas main tu. Balik rumah, confirm lemau ni!
Enjoy your flying! (^_^)Y
Comments
Post a Comment