Koh Lipe, Thailand

Macam biasa, birthday trip kali ni, aku pilih pulau sebagai tema. Yang terdekat dengan Malaysia, sama ada Tanjung Pinang, Indonesia atau fly to Langkawi then naik feri ke Koh Lipe. Aku pilih option kedua. Macam biasa, kami dah book tiket melalui Tropical Charters, Langkawi-Lipe-Langkawi (Bundhaya) yang berharga RM320/return. Dah makin mahal ni! Aduhhh! Jangan lupa, korang naik ke tingkat dua untuk urusan white card, penyerahan passport dan sticker. Aku dah share tahun 2019 dulu cara naik feri dari Terminal Feri Kuah (International Departure). First flight dari KL ke Langkawi on time. Ada banyak masa terluang, kami makan dulu sementara tunggu feri jam 1130 pagi (Malaysia).

Scenery depan immigration Koh Lipe

Nak menunggu transfer dari feri ke longtail ambil masa dalam 20-30minit. Kalau jenis yang tak tahan gelora di lautan, better makan ubat mabuk siap-siap. Kang tak memasal muntah pulak. Dah sampai darat, jangan lupa cop, serah white card dan bayar national park 200B/person selepas urusan cop passport selesai. Lepas tu, baru lah korang boleh ikut driver taxi (ada certain hotel sediakan taxi) atau korang jalan kaki melalui pantai atau naik taxi (tuk-tuk) je. Dari Langkawi arrival nak ke Ananya memang walking distance je, dalam 100m berjalan kaki. Kalau korang nak ke Bella Vista ke, Z-Touch ke, Chareena ke, melalui jalan pantai memang dekat. Tapi kalau nak ke sunrise beach or sunset beach memang naik taxi jela. 


Taxi akan mengenakan 50B/person setiap destinasi yang kita nak pergi. Kalau 3 orang, makan 150B la ye? Kalau nak pusing-pusing pulau, dari feri check point ke sunset, sunrise and Pattaya beach, dalam lingkungan 400B/trip. Kawtim dengan driver korang nanti. Kereta memang takde kat sini melainkan 4x4 ja. Jalan pun kecik je. Dengan hangat mentari lagi tak cukup angin bayu meniup ke celah ketiak, memang tidak la nak jalan-jalan waktu sekarang! Huhuhu! Petang kami naik taxi ke sunset beach. Katanya cantik area Zodiac Hotel. Bulow and Mountain Resort tu. Maka, ke sana lah kami petang ni.
Depan Bulow Hotel (kalau tak silap aku)


Jalan dari Mountain Resort



Okay, cantik kan? So pretty MasyaAllah! Kita bertukar ke sunrise pulak. Tapi sebabkan kami stayed kat Pattaya Beach, memang nampak sipi-sipi jela! Harap maklum! But still calm and lembut je bayu pantai di pagi hari.


Ada sorang travel agent (Bangla kot) mostly akan approached Muslim suh beli kat sekian travel tour makan kat Bung Roon and so on. Bagi aku, Bung Roon tu, masakan biasa ja... Pastu kami ambil tour under hotel even dia bising kat kami, kalau ambil kat Buddhist depa dapat duit pergi beli makan babi. Isy! Menyebar kebencian pulak. Kami tak gemor! Tapi terpulang la kat korang. Kami deal under hotel, Koh Adang-Koh Rawi, Koh Hin Ngam untuk private tour 1500B. Up to us nak lepak berapa lamapun! Hahahaha! Puas hati! 




Comments

Popular Posts