Ary Nasi Buluh, Sai Kee 434 Kopi & Asam Pedas Pokok Besar, Melaka
Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan Disember dan bakal melangkah ke tahun baru. A year wiser soon! InsyaAllah, aaamin!
Kali ni, kami ke Melaka... tapi sebelum tu, kami singgah breakfast di D'Pangkin Kitchen sebab bawa Sharkie yang balik bercuti di Malaysia. Orang tu nak makan makanan Melayu! Layankan jelaaaa! So, lepas checked in di Bayview Hotel Melaka, kami jamak kejap then keluar lunch ke Ary Nasi Buluh, Duyung.
Pilihan nak makan bersila atau duduk di kerusi
Set ikan bawal yang panas lagi berkriuk
Terasa asyeeek asam pedas ikan jenahak
Sambal kerang, sedap!
Masakan di Ary Nasi Buluh, masak on the spot. So ambil masa sket order nak siap dihidang. So far berbaloi untuk kami lepak makan kat sini. Untuk makanan kami dan 3 air kosong, RM84 camtu. AA tak ambil resit pulak sebab nak ensure apa yang mahal sangat? Diaorang tengok kat menu tadi, set nasi tak cecah RM23.
Seterusnya, kami ke Sai Kee 434 cawangan Melaka. Sengaja kami tak minum di Ary Nasi buluh sebab nak mengopi kat sini.
Tak dimasak dengan betul, masih terasa sejuk bila ngaaap tadi
Selepas Maghrib, kami keluar makan di Asam Pedas Pokok Besar Jalan Laksamana. Ensure kalau korang nak datang ke sini dari Bandar Melaka, banyak jalan ditutup sehala dan ada lencongan. Puas kami memusing nak cari jalan yang benar tadi! Malam minggu di Melaka, tak sah kalau tak ramai! Phewww!
Comments
Post a Comment