Mekong Delta Tour, Ho Chi Minh
Dari Riverside Hotel, kami datang by Grab. Malas nak jalan kaki. Kang ketibas (ketiak basah). Dah mandi, cecantik gini.. jalan kaki? Ohhh no! Saja berlagak diva! 😁Hari ni kami takde arah tuju. Hanya mengikut naluri semata-mata. Lepas makan di Halal Amin (Pho Muslim), ramai geng Malaysian di sekitar kami. Kami muafakat nak ikut trip ke Mekong Delta hari ni. On the spot beli pakej kat Amin Tour berhadapan dengan kedai Halal Amin tu. Mujur sempat! Bas dah ready. Let's jom! Jalan-jalan!
Tour guide kami, Vietnamese tapi Muslim yang pernah belajar tahfiz di Alor Star. Pandai berbahasa Melayu walaupun ada jugak tergeliat lidah nak berucap. Janji faham kan? Fay Zal namanya. Siap bagitau status dah menikah ada anak kembar. Bas selesa, ada minuman disediakan. Pakej yang kami beli tadi berharga RM80/person termasuk bas, lunch, air kelapa dalam boat, boat ke Pulau Phoenix, Pulau Penyu, Pulau Unikorn dan Pulau Dragon.
First stop, kami diberi masa selama sejam untuk shopping
Beli satu buat raso-raso. 3 RM50 (Boleh bayar by MYR atau Dong)
NF acacah je tu...
Fay Zal dah pesan, beg kulit kat kedai ni mahal. Mark up dari harga sebenar. Better kalau nak beli beg kulit, beli kat Pulau Unikorn. Kalau tak silap aku la.. Perjalanan ke Mekong Delta adalah sejam setengah. Sempat membuta dalam bas!
Harga topi RM5 saja. SK & KA terpaksa beli sebab keadaan cuaca yang hangat membahang!
Fay Zal shared with us tentang pulau-pulau yang ada di sekitar Mekong Delta ni
Second stop, makan dulu!
Makanan rasa biasa saja
Extra order, 30k Dong/segelas
Lepas kenyang makan, jamak (ada surau disediakan), naik buggy ke kawasan shopping di pulau ni. Harga boleh tawar. Pandai la korang nak layan peniaga tu nanti.
Fay Zal offered siapa nak pegang 'sarang' lebah tu? Sila ke hadapan
Complimentary food (tester nak menjual je ni...)
Sambil makan buah, kami disajikan dengan dendangan lagu dari penduduk tempatan. Sepatah haram tak faham apa. Layan jela! Pastu kena bagi tips.
Bagi tips kat pendayung is a must! Mereka antara golongan asnaf di Pulau ni. Hanya menyara hidup dengan mendayung. Kalau ada tourist, maka adalah rezeki pada hari tu. Terserah korang nak bagi berapa. Kami bagi 100k Dong setiap sorang (ada 2 pendayung depan dan belakang).
Sungai Mekong ni ada buaya tak? Ya! Ada!
Seterusnya kami ke kilang gula-gula kelapa
Sedap wehhhh makan panas-panas!
Dah penat naik turun boat dan sampan. Tiba masa untuk ucapkan selamat tinggal Sungai Mekong yang terpanjang di Asia Tenggara, yang ke-12 terpanjang di dunia. Done my observation dari zaman belajar Geografi tingkatan 3 kat sekolah! I was marked Mekong River dah tau cikgu Ekhlass! (Cikgu dah arwah. Semoga segala apa yang cikgu ajar kami memberi manfaat cikgu di alam sana).
Al-Fatihah!





























































Comments
Post a Comment