Day trip to Pulau Lang Tengah & Redang
Langit biru, cuaca cerah, suhu panas mencanak. Lupa nak beli cool fever. Ahhh gedik! Dah tahu nak masuk pulau kan? Apsal tak prepare awal-awal? Ehek! Sunscreen dah letak kat muka. Still gelap! Auch! Kalau takmo gelap, jangan p bercuti ke tempat hangat? Ngerti kamu?
Kena ada kat jeti jam 7.30 pagi. Tapi ramai je sampai lewat.
Encik Azri bagi briefing and bacaan doa sebelum kami gerak ke Pulau. Alhamdulillah, our team dapat boat baharu. Life jacket & alatan snorkel pun bau kedai lagi. Yeeehhaaaa! Perjalanan ke Pulau Lang Tengah ambil masa selama 45- sejam.Baby shark berenang melata kat kawasan jeti Pulau Lang Tengah. Tak perlu snorkel pun dah nampak! Kawasan pulau Lang Tengah untuk para snorkel nak test alatan dan berenang di tepian. Kami diberi masa selama 40 minit sahaja. While aku mencari pepohonan rendang untuk berteduh! Ceh!
Sharkie berenang tanpa was-was!
Aku pernah stayed at Pulau Lang Tengah tahun 2015 camtu. Bukan zaman aku starts blogging lagi. Memang aku jenis cepat bosan kalau terperap kat resort. Nak mandi pantai, rasa melekit badan. Tu semua mengada je lebih! Pastu pilih pulau? Hehehe! Padahal nak snap sunset je. Hal lain tu tolak tepi. Singgah di Little Maldives
Kami diberi peluang bergambar kat sini selama 20 minit. Aku ambil gambar lebih kurang, 5 minit dah terkocoh-kocoh naik atas boat! Tak kuasa nak hadap mentari tengahari!
Kami diberi masa selama sejam untuk makan di long beach. Ada jual cendol kat salah satu gerai. Boleh bayar by QR code. Kalau nak guna washroom, better cepat sebab ramai orang beratur. Kena bayar RM3 tau? Perghhh!
Dilarang sentuh penyu! Saman akan dikenakan kalau pegawai Jabatan Laut atau Maritim ternampak korang upload atau on the spot ada yang nampak. RM25000 kalau tak salah. Kalau penyu sentuh korang? Abaikan! Boatman baling sotong ke permukaan air, sebab tu banyak penyu yang datang. Bau squid oil boleh tahan kuat!
Pengunjung diwajibkan untuk memakai life jacket walaupun pandai berenang. Kalau pegawai Jabatan Laut nampak pengunjung mandi tanpa life jacket, ada point untuk diaorang saman.
Last check point di Taman Laut
Kawasan jeti tak boleh mandi sebab ada banyak ikan pari
Lepak di bawah pohon nyiur sementara ngam masa naik boat
Tamatlah sudah pengembaraan kami selama 7 jam di 2 buah pulau. Itupun aku dah tak sabar nak sampai ke tanah besar! Lepas ni nak terus ke Kuala Terengganu pulak untuk menginap di sana. Mata dah berpinau! Harap pakej kami membantu korang buat keputusan jitu. Eh? Macam aku pulak nak meniaga pakej! Ehek! Bagi kami, dengan harga RM109/person berbaloi! Sebab sesampainya kami kat jeti Penarik, owner sediakan kami mi goreng, air mineral dan kepok lekor. Alhamdulillah, rezeki dalam perjalanan ke KT.












































Comments
Post a Comment