Hong Kong: The Peak (Victoria Peak), Hong Kong

 Oriental Trip: Day 2 (and half)

Kenapa ada 'and half' kat belakang? Sebab day 2 ni belum habis. Siang tadi kami kat China. Sekarang, hari yg sama dah ada kat Hong Kong pulak. A bit chaos la trip ni. Tapi, apa boleh buat.. Nak cover jugak The Peak malam ni.

Pergi HK, wajib la jalan-jalan kat The Peak. Nak pergi situ, mudah saja. Oleh sebab kami dr Chungking Mansion, menapak sikit je untuk naik MTR Tsim Sha Tsui ke Central Station. Korang dah boleh guna Octopus Card. Korang cari Tsuen Wan Line.

Ensure korang dah booking online sebab nak elakkan congestion waktu nak beratur beli tiket naik ke The Peak ni. Maybe sebab kami pergi hari Sabtu, dah ramai orang beratur time tu. Untuk yang beli online, depa bagi Express Lane kat kami. The Peak Tram & Sky Terrace 428
(return): Combo package with Madame Tussauds HKD315/person.
Sumber: Google

Sky Terrace tu, kalau cuaca tak mengizinkan pihak The Peak tak benarkan masuk. Kat situ, kita boleh layan view waktu siang dan malam. 

Sumber: Google

Cara nak ke The Peak ni, simple ja. Turun dari MTR, korang cari Exit J2. Naik tangga, then korang akan jumpa dengan Chater Garden. Terus je, korang akan nampak bangunan bank. 
Landmark: CITIBANK dan Bank of China. Korang lintas jalan Queens Road Central. 


Jalan naik bukit, then korang akan nampak The Peak Tram Terminus tu. 
Tengok la ramai orang kat belakang! Mujur kami beli online ticket. Phewww!
Dah senja masa kami sampai
Yeeeyyyy! Tram dah sampai!

Sumber: Google

Sampai je kat The Peak, kami singgah beli souvenirs dulu. Waktu blogging dulu, kat Ladies Market lebih murah. Tapi, material tak sama dengan yang kami beli kat atas ni. Harga memang berpatutan dengan kualiti yg best. Sebelum terjah MT, dah berkoyan bawak beg shopping. Kami risau tak patah balik. Sebab tu la beli sesiap. Untuk baju t-shirt, sehelai HKD70-HKD90. Beli banyak lagi, tauke akan bagi diskaun. And pekerja kat sini boleh cakap Melayu. Sebab ramai pelancong dari Indonesia dan Malaysia datang sini. Harga sebatang pen ukiran naga, boleh dapat HKD250. Boleh mintak diskaun lagi. Debit/Credit card boleh swipe kat sini. Jadi, jangan runsing.

Lepas shopping, kami terus masuk Madame Tussauds. Dengan beg shopping yang kami beli tadi. Nasib la! It was a bit rushed for us. Tak sempat nak snappy banyak pun dengan celebrities kat dalam tu. Sebab SH and NH nak cari baju Hard Rock. HR ada dalam bangunan The Peak.
Alih-alih KA pun terjebak.

NH belum habis shopping. Aku dah tak larat. Tunggu depa kat depan HR jela.

Personal opinion, design HR Hong Kong ni cantik. Banyak limited edition. Harga HKD320 sehelai. Untuk design biasa, harga dr HKD220. Kebetulan, ada promo. Beli romper HR kids, free baby bib. Harga HKD160/set. NH, macam biasa la. Dia akan beli key-chain and bracelet HR. Seluruh dunia, harga sama ja. Bezanya design yg limited edition tu. 

Lepas settle tu, baru terkocoh-kocoh kami pergi ke Sky Terrace 428 pulak. 
Hp aku tak lawa snappy memalam camni. Hp cap epal KA cung laaa..

Untuk yang nak naik ke The Peak, pilih la hari yang sesuai. Sama ada sanggup bersesak atau nak light2 je. Terserah anda. 
Dalam Tram.
Kebanyakan orang HK ni, boleh faham English. Ramai foreigner keje sini. Philippine, Bangladesh, Indonesia. Jadi, terasa macam kat kampung halaman je. Sebab jumpa muka-muka Asia. Walaupun HK ni bandaraya besar, wifi kat sini ciput je signalnya. Kedekut ke apa? Mujur la kat hotel, lepas la nak upload gambar kat ig. SF ngan KA lepas la nak buat instastory and whatsapp status kan? 
Huh!

Moh le.. kami nak melena dah ni.

Semoga, dipermudahkan urusan esok hari. 
Ameen!

Comments

Popular Posts