Siem Reap, Cambodia: Breakfast, Mini Killing Field

Chak? Salam siang semuaaaaaa!
Kami dah bersiap2 nak balik Malaysia ni. Flight kami jam 3.50 petang. Sempat lagi nak buat aktiviti terakhir di bumi Cambodia ni. 
Sebelum tu, kami dah pesan kat Syakirin, pakai ensem-ensem arini sebab nak snappy sesama. 
Kami lapar.. nak try makanan sini untuk kali terakhir.



Dekat je dengan The Siem Reap Backapekrs, Muslim Family Kitchen tu. Kali ni, aku nak try 'laksa' depa pulak. A bit unique la! Tatau nak terjemah camana.

Laksa pabenda ntah?
Nasi ayam
Kopi ais

Kenyang perut sukati?
Yearghhhh! Suka beno kite!
Meh sambung berjalan-jalan!
Kali ni, kita ambil peduli pasal kekejaman rejim Khmer Rouge pulak ya?
Kami ke Mini Killing Field. Masuk adalah percuma.


Patut la 2 juta rakyat dibunuh!


Penduduk diseksa sebelum dibunuh
Obviously cara depa mati sebab benda tumpul! Trauma kepala tu!

Kekejaman rejim Pol Pot masih bersisa di setiap penduduk yang masih hidup di waktu zaman Khmer Rouge! Ini antara kisah yang aku baca kat Berita Harian.

"Dalam tempoh hampir empat tahun dari 1975 hingga 1979 pemerintahan rejim itu, lebih dua juta rakyat Kemboja mati kebuluran, diseksa dan dibunuh, manakala ramai lagi yang terselamat mengalami kecacatan fizikal dan mental.
Biarpun zaman itu sudah berlalu lebih 30 tahun, namun parutnya masih berbekas dalam sanubari rakyat Kemboja yang melalui kehidupan di zaman Khmer Rouge itu terutama bagi warga emas yang masih hidup.
Tentera Khmer Rouge membunuh artis, guru, peguam, doktor, wartawan, ahli agama atau sesiapa saja yang dianggap sebagai 'intelek,' atau sesiapa saja yang mempamerkan bangsa, agama atau kedudukan mereka.
Tanpa sebarang alasan, penduduk ditangkap dan dibunuh atau dipaksa menjadi buruh kasar. Ada kalanya, alasan yang tidak boleh diterima akal manusia waras seperti memanjat pokok kelapa kerana haus atau hanya kerana memakai cermin mata yang menampakkan seolah-olah bijak atau kaya turut ditangkap atau dibunuh.
Apakan tidak terutama apabila melihat ribuan gambar wajah insan tidak bersalah dipamerkan, selain lukisan gambaran penyeksaan yang dilakukan tentera rejim itu dan tengkorak tahanan yang ditemui di perkuburan besar di banyak kawasan dikenali sebagai Killing Fields.
Hanya tiga tahun, lapan bulan dan 10 hari saja, pemerintahan kuku besi itu menyaksikan kira-kira setengah juta umat Islam Kemboja berketurunan Melayu Champa meninggal dunia dan yang tinggal hanyalah sejumlah 100,000 saja ketika zaman itu."







Pakcik Pol Pot ni, komunis. Menurut Syakirin, dia p Cambodia sebab bersekongkol dengan Vietnam nak usir US dari Cambodia. Bila US tewas, then Pol Pot mintak hak dia untuk conquer Cambodia ni. Ramai penduduk mati kat Phnom Penh. Siem Reap antaranya. Jahat gila pakcik Pol Pot ni! Mai tempat orang, nak sukati buat perangai pulak eh? 
Kalau korang nak berbakti, bawa la gula-gula atau coklat untuk CSR kat bebudak area Mini Killing Field atau bebudak watan yang ada. Happy je muka derang terima coklat! Serius! 1 hari 1 senyuman. 1 gula-gula yang korang sedekah tu membuatkan mereka ceria kembali. Nak bagi stationery pun boleh. Terserah anda! Rupa bebudak ni, ramai yang ensem dan lawa! Berkenan haihhh! Tapi, aku bukan pedo ok? 
Ok, kami ada banyak masa lagi. Then Syakirin bawak kami g tempat buat seramik! Apa ke tempat dia bawak ni? Layankan jela! 


Kalau aku buat, mesti jadi pinggan cacat!

Masih ada masa? Kami suruh Syakirin bawak kami g area Night Market dekat dengan HR tu. Kalau korang nak beli souvenir saat akhir, inilah masanya. Sebab siang memang harga drop eh? Kami dapat 5 ketul fm $1 je! Haiyoooo! Dah terkono den 1st night! Malas nak sedih, kami g massage kaki! Yeeyyy! $5 saja untuk sejam!
Kedai sebelah $6/jam
Fish massage
Inilah caranya kami habiskan masa sebelum jam menunjukkan pukul 1 petang. Sebab kami bajet ke airport pukul 1. Hehehehe! 

Bagi aku, nak ke Siem Reap, 3 hari dah cukup. Kalau korang bukan extreme nak kaji kuil la. Duit yang aku bawak $100 untuk shopping pun, masih berbaki. Kat aiport ada HR lagi. Boleh last minute shopping kot berkenan. 

Semoga bermanfaat untuk next trip korang!
Selamat Tahun Baru!

Comments

Popular Posts