Koh Lipe: Part II (Sightseeing)

Menggeliat jugak nak keluar dari bilik ni! Oleh sebab kami tak banyak masa kat Lipe, kena juga gagahkan mata buka bebesar nak berjalan! Kita snappy around Pattaya Beach dulu eh?






Kawasan Pattaya beach ni banyak resort mahal smpi la skala murah. Kena baca tripadvisor dulu kalau korang nak menginap sesuai dengan pilihan bajet korang, ok? Sekarang baru jam 3.30 petang waktu tempatan. So, kami ada banyak masa sebelum nak chase sunset kat Sunset Beach. Boleh je jalan kaki, tapi kami malas. 

Dulu, kat Koh Lipe ni tempat buangan anjing oleh pemilik. Sekarang jumlah anjing yang tinggal makin berkurangan. Aku pun tak pasti kenapa. 3 tahun lepas, waktu aku sampai, anjing memang banyak. Merata ceruk ada! Sambil jalan, sembang, snap, then, sampai la kat pintu gerbang ni.
Berjayaaaaaa!

Dah termengah? Yuuuukkk minum! Sempat la aku lapar! Budak kedai datang senyap2 kat kami bagitau kedai depa tak halal. Heheheh! Malu we olllsss... 
Kat sini kedai halal banyak. So, keep your worries away! Harga standard dok pulau la. 


Dah penat memulut, jom sambung jalan cari pakej island hopping! Mirul suh kami cari Lokman! Nanti boleh dapat pakej murah kaw-kaw katanya. Tapi, kami engkar! Kami pilih pakej yang sesuai dengan jiwa kami! Hahahah! Podah!
Titik 0 Thailand


Kami amik pakej 8 pulau, 700B/person include makan, insurance, goggle, safety jacket etc

Terasa nak memanjakan badan. Tapi bebudak lain pulak tak suka mengurut! Aiseehhhh! Takkan aku nak p sorang? So, aku sabar! Kita sambung langkah kaki kita! Tapi, sebelum tu, singgah Rip Curl Lipe dulu. Kot ada yang berkenan. Yesss! Jahanam 3983B kat situ! Ada sales 30-50% sampai 25 April! Cissss duit den!
Masuk Anda Resort
Hello Sunrise Beach we meet again!

Tak boleh nak snap area sini. Omputeh banyak berjemur. Respect hak diaorang di samping menjaga aurat. Ewaaahhhh! Main aci redah je keluar masuk resort orang. Hahahah! Kata nak explore kan? So, bebetul la exploring ni! Tapi, ada had jugak... jangan nak memandai sangat masuk private pulak.

Then, kami tahan tuktuk bawak kami ke Sunset Beach! Boleh la makan kudap-kudap sambil layan ombak. Kat sini jela yang ada angin! Aduhaaaii.. lega rasanya! Kami lepak sampai la matahari terbenam, then terus naik tuktuk balik ke Pattaya beach.





Kualiti gambar tak best
Sisa senja di Pattaya Beach

Balik mandi, solat then kami decided keluar semula untuk mencekik! Tak sampai 2 minit keluar, dah rasa macam tak mandi pun ada! Badan melekit! Haiyoooo! Betul-betul takde angin ni! Fuuhhh!
Jom layan apa rezeki kami malam ni?

Ramai orang malam hari



Gonna try?










Total makan untuk malam ni, 1030B! Aku sempat naik atas restoran Bung Roon layan scrub kaki! Walaaah! Alasan mesti mau padu! Untuk itu, 300B sekali buat! sempat la layan aircond! Bestnyaaa!  

Then, kami jalan-jalan kejap sebelum memasing dah rasa letih. Dalam bilik, aku tengok katil... Isy... mampukah aku bertahan sampai esok pagi? Tiba-tiba, wajah Nang Nak menerpa di palotak!
Hampeh!

Comments

Popular Posts