Mr. Tuk Tuk, Xing Fu Tang


Wah-wah... IOI Mall Putrajaya sekarang makin best untuk foodhunter? Banyak pilihan sekarang ni ehhh? Maka kali ni, aku ngan NH terserempak restoran baru kat IOI Mall Putrajaya ni. 

Oh, nak share jugak, kat sini ada 1 money changer baru dibuka kat level G (Dekat dengan Under Armour) jalan ke Hotel Le Meridien Putrajaya tu. Nama money changer tu TAJ MUHABATH Sdn. Bhd. Rate murah dari money changer kat bawah tu. Aku tukar AUD, rate dia $1=RM2.86 compared to rate money changer kat bawah tu $1=RM2.88.

Ok back to plan makan kami kat Mr Tuk Tuk ni, just nice untuk lepak dengan rakan taulan family dating apa semua la! Luas, selesa dan pilihan makanan pun ok.
Tuk tuk


Moh kita layan menu dan kawasan restoran ni. Ohh... lupa lagi! Kyochon pun dah dibuka kat depan Mr. Tuk Tuk ni. Maka, lain kali aku singgah Kyochon nak merasa ayam goreng tular pulak eh? Malas beratur, boleh book online.



Nampak tak orang gigh beratur nak makan kat Kyochon?


Dah pilih apa nak makan, just write the menu that u choose kat kertas yang disertakan. Ada ala carte, set and Thai special platter. Aku ngan NH light-light je arini. So, kami order Phat Thai dan Fried Glass Noodles and Thai jasmine tea. 










Sembang-sembang lebih kurang, setel makan 40 minit kemudian. Aku la kena gagahkan minum Thai Jasmine tea (hot) tu sengsorang sebab NH memang minum mineral water je. Berpeluh gak la dalam tu. Then, lepas makan kami turun solat kat P3 pastu baru la best nak sambung aktiviti sopim. 

Dah penat menapak, ayuh kita ikut teladan dak-dak remaja minum boba pulak! Yeeeyyyy! Xing Fu Tang dah ada kat IOI Mall ni! 





Aku kemaruk dengan pearl dia. Sebab rasa syahdu je nak kunyah! Air tu ok je. Nanti aku nak try tanya, boleh tak beli boba je? Huhuhuhu! agak2 stress kat kilang, boleh buat boba sebagai kudap-kudap! 

Sekian saja berita terkini aku kali ni! 
Thank you for reading!

Comments

Popular Posts