Gold Coast, Day 1: Shopping at Hard Rock & souvenir

Siang tadi dah ke Harbour Town. Malam nak ke mana?
Ok, aku dah plan, all out shopping souvenir and belikan kawan yang tempah T-Shirt Surfers Paradise kat Hard Rock Shop ni. 

Walking distance je nak ke HR ni. Dalam 400m berjalan kaki. Restoran makanan halal pun, dekat-dekat je. Kedai kebab memang banyak area Cavill Avenue ni. Tapi, aku tak minat makan kebab. Sepatutnya malam ni, kami dinner kat Amin's Kitchen Restaurant. Tapi sebab dah kenyang makan kat HT, kami skip je. Gunakan peruntukan $80 tu untuk shopping souvenir jela.

Jam 8 malam di sekitar Cavill Avenue
Supermarket untuk bahan basah ada kat sekitar sini

Range untuk sehelai t-shirt HR dewasa ialah $29-39.90. Pilihan ada Surfers Paradise dan Gold Coast. Terserah korang nak design yang camana. Ni aku kepilkan apa yang aku sempat snap. 




Fame lane

Aku dah msg FR, design mana yang dia berkenan, so settled bab T-shirt HR. Sekarang, kami chase untuk souvenir pulak. Ada 3 jenis kedai tau? Yang original product dan mahal, barangan dari China dan murah dan juga barangan dari China tapi mahal. Hahahah! Meh sini kakak habaq tang mana nak shopping barang murah untuk souvenir. Janji beli, iye dak?
Tadaaaaa! GBO!

Berdepan dengan kedai kondom










Banyak key-chain, fridge magnet, tote bag dan t-shirts utk souvenir aku beli kat sini. Untuk key-chain, $5 untuk 5 buah, $5 untuk 5 buah FM dan t-shirt masing-masing harga $5. Kat Global Brands Outlet saja aku dah habiskan $146.30. 

Ada kedai lain yang barangan dr China, agak pricey. Macam kat GBO boleh dapat $5, tapi kat kedai dia jual t-shirt sama brand dan kualiti 3 helai $20? Isy.. baik beli sehelai $5 je? Untuk t-shirt original, harganya $20/shirt. Tepuk dompet anda. Aku dah tepuk dompet sendiri, bunyi coins je. Kikikiki! 
Terserah anda, ok?

Bagi aku, malam yang nyaman dan dingin ni awesome sangat. Orang sini pun baik-baik belaka. Belum jumpa yang racist atau tak membantu. Ikut rezeki. InsyaAllah. 

Lain padang lain belalang. Untuk rakyat Malaysia yang ke luar negara, jika anda tidak ramah, maka sedikit senyuman dari anda untuk disedekahkan kepada rakyat senegara atau serumpun, kira tak luak kot kan? Ramai Malaysian yang aku jumpa, untuk sebaya aku, susah beno nak senyum. Compared to Indonesian kat perantauan, dari jauh dah bagi salam. Aku dah cuba menjadi non typical Malaysian yg sombong. Senyum jela. Senyuman kita tu sedekah tau? =)

Comments

Popular Posts