Ana Ikan Bakar Petai, Kuantan

Makan malam ni, kami nak berlagak lokal. Semestinya la makan ikan bakar kan? Malas nak cari restoran lain sebab dah lama tak makan ikan bayan (parrot fish). Rasanya ikan bayan dah diwartakan sebagai ikan terancam? But still keinginan nak makan tu ada, kalau ada, beli takde, nak ikan jenahak sebagai pengganti.





Kalau korang nak tau, kawasan Ana Ikan Bakar Petai ni, ada restoran lain lagi. Sup power ke hape ntah? Pun ramai jugak. Macam kami datang selepas waktu Maghrib, orang still so-so, parking pun masih banyak. Cer kalau lepas jam 8 malam? Fuhhh! Berduyun tiba! Sata di atas memang sedap! Teringat PP belikan kami waktu balik dari Mersing dulu. Makan sata, ingat PP! Yearghh!







Semua masakan kena dengan tekak! Alhamdulillah untuk rezeki malam ni. Lala masak pedas, ikan jenahak bakar petai, sotong goreng tepung, udang masak pedas memang padu! Perghhhh! Nasib baik la sehari semalam je kat sini. Kalau tak, esok malam nak repeat udang masak pedas petai tu! Memang padu! Kuah pun pekat! Yang paling best, petai ada kulit! Aku tak lalu makan petai tanpa kulit.

Plan your visit after PKPP, plan your time too!
Selamat bercuti!

Comments

Popular Posts