Tanjung Rhu Mangrove Tour, Langkawi

Chak? Bertemu lagi kita di episod ala National Geographic. Semalam, aku dan MF beli package kat Jalan Chenang lepas mengurut dan shopping ala kadar periuk, baju mandi, kasut renang dan chocolates untuk souvenir. Oleh sebab kami boleh late check out, nak fully utilize the experience with kids dalam hutan paya bakau! 

Dengan harga RM90/adult dan RM70/kid, kami dapat menikmati pakej selama 5 jam. Total 6 jam, termasuk makan. Tapi kami skip kat last point mandi di pantai Tanjung Rhu sebab the kids nak mandi kat swimming pool. Kawtim with boatman, hantar terus kami terus ke resort penginapan kami. Mujur dalam laluan. Heheh!








Okay, konsep boat sharing, memang kena tunggu semua orang berkumpul. Ada yang baiknya sharing dan private package ni. Yang bagusnya, dalam 1 boat kami ni ada lebih kurang 7 families which was boat kami agak panjang dan besar compared to private tour ada 2, 3 atau 4 jam pakej tak termasuk makan dan pick up hantar ke hotel. Selain tu, sharing ni ada transport ambil dan hantar korang balik ke hotel dan kita dapat kurangkan boat melalui kawasan mangrove yang sepatutnya dijaga rapi. Mungkin dalam 50 tahun, akan lenyap kawasan paya bakau ni. We should creating the youth on the importance of coastal and mangrove forest too! 

Quarter way, kami bagi 'raptor' makan. Hanya boat tertentu sahaja dibenarkan bagi helang makan (kulit ayam) untuk helang turun. According to our brother trip ni, it's not an eagle but the kite. Helang tak banyak macam kite. Lepas layan kite makan, kita ke Gua Buaya. Lucky us air surut, so boat boleh melalui dalam gua. Seterusnya kami ke Gua Kelawar dan masuk dikenakan bayaran (tak termasuk pakej).


























Dah puas berjalan dan belajar serba sedikit pasal hutan paya bakau dan hidupan di dalamnya, let's makan kat kedai viral with siakap 1k pulak guys! Ensure korang tengok berat dan persetujui harga ikan yang ditimbang. Harga ikan adalah termasuk kos masakan. Pakej kami termasuk makan, tapi simple jela, nasi goreng ayam, sup dan air oren! Kalau selain tu, korang boleh add on menu yang korang nak dan bayar harga tambahan je. Kad boleh digunakan kat Restoran Terapung ni.














Oleh sebab kami add on ikan kerapu masak 3 rasa, air minuman, then they charged us RM170. Ikan kerapu tu, RM18/100 gram. Baca betul-betul ye??? Per gram, bukan per kilogram. So far, teh ais dan ikan tu sedap! Tadi terlihat ikan berenang dengan kawan-kawan, sekarang sudah di pinggan! Yummy!

Plan your trip! 
Selamat bercuti!


Comments

Popular Posts