Lemon Button @ Hotel De' La Fern & Kedai Kopitiam Kopi Kaw Kaw, Brinchang

Sepatutnya kami dah keluar jam 4 petang nak Cafe hunting. Tapi, kami hanya merancang, Tuhan jugalah yang menentukan! NF terlanggar dahan pokok waktu nak naik tangga di Mossy Forest, benjol jugak dahi kanan dia. Susah jugak ye orang yang berketinggian 167 cm tu kan? Kami yang bawah 163 cm masih okay tak perlu nak tengok keadaan sekeliling sangat during naik turun tangga di Mossy Forest tadi. Bagi dia ubat dan rehat sampai jam 6 petang baru keluar dari hotel. KHM Strawberries & Jam dah tutup jam 6 pm, terpaksa tukar agenda makan steamboat di Lemon Button @ Hotel De' La Fern.


 





NF ternampak anak siput babi kat sayuran tu, terus crew cafe tukar set yang baru




My lovely Nescafe



Steamboat kami set untuk 2 orang. 1 person RM40 berbaloi for me. Kami sharing je steamboat for two persons, untuk minuman je kami tambah. Harga makanan kami, RM113 camtu. Lupa dah.
Hujan dah berhenti. Kami terus ke Centrum Night Market untuk beli jagung susu & ice cream strawberry. Padahal, aktiviti beli sayur mayur tu hanyalah sebab nak cepatkan proses pencernaan usus kami sebab nak sambung makan di Kedai Kopitiam Kopi Kaw kaw. 









Rojak buah with strawberries? Sedap jugak tau?
Laksa goreng yang unik! Persis mi goreng mamak

Comments

Popular Posts